kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

YOSH Komited Tarik Penyertaan Belia Dalam Aktiviti Kemasyarakatan

 

 

10072023  YOSH KOMITED TARIK PENYERTAAN BELIA DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN

 

IPOH, 9 Julai (Bernama) - Selain menyalurkan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, Youth of Strength and Happiness (YOSH) yang bernaung di bawah MyFundAction komited menarik penyertaan belia menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Pengurus YOSH Cawangan Utara Maisarah Mohamad Jedin berkata komitmen itu merupakan antara agenda utama yang digerakkan oleh organisasi berkenaan khususnya memberi pengetahuan dan pengalaman kepada golongan belia berkhidmat kepada masyarakat secara sukarela.

“Contoh dan nilai murni yang disemai dalam khidmat sukarela begini membentuk peribadi dan keterampilan individu. Malah, ia peluang untuk belia mempelajari kemahiran dan pengetahuan baharu.

“Antaranya, semangat kerjasama sesama ahli pasukan, cara berkomunikasi dengan masyarakat setempat dan kemahiran memimpin pasukan untuk menjayakan misi yang dijalankan,” katanya ketika ditemui pada Program Soup Kitchen di Yayasan Amanah An-Nur Maisarah di sini.

Maisarah berkata setakat ini 300 individu dalam kalangan pelajar universiti dan kolej sekitar Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis telah berdaftar di bawah keahlian YOSH.

Katanya antara program yang telah digerakkan bukan hanya membabitkan misi bantuan kepada golongan memerlukan di dalam negara bahkan perkara sama turut dijayakan diluar negara.

“Saya sendiri pernah menyertai misi bantuan yang membabitkan pelarian Palestin di Jordan pada bulan Disember tahun lalu. Kita jumpa dan bantu mereka dari sudut keperluan yang dimahukan,” katanya.

Mengulas mengenai program yang dijalankan, katanya seramai 47 sukarelawan YOSH MyFundAction dari Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar telah terlibat secara langsung dalam menjayakan aktiviti berkenaan.

Tambahnya, antara inti pati program berkenaan merangkumi pelbagai aktiviti bersifat interaktif yang bertujuan menceriakan lebih 40 anak-anak yatim di Yayasan Amanah An-NurMaisarah.

“Kami bukan hanya menghantar bantuan bekalan makanan tetapi turut diselitkan aktiviti seperti ‘ice breaking’ yang sedikit sebanyak memenuhi aktiviti kanak-kanak ini pada hujung minggu,” katanya.

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.