kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Komuniti Setempat, Institusi Keluarga Digesa Turut Sama Tangani Dadah - Shamsul Anuar

20230716 komuniti

 

KUALA LUMPUR: Komuniti setempat dan institusi keluarga digesa untuk bersama-sama berganding bahu dengan agensi penguat kuasa dalam usaha membanteras isu penagihan dadah dan substan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, tugas itu tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya atas tanggungjawab agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) saja.

Katanya, ini berikutan hasil kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2020 mendapati sebanyak 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penagih dadah masih tinggal bersama keluarga.

"Daripada hasil kajian juga menunjukkan, setiap 100 belia di negara ini, enam orang mengaku pernah mengambil dadah, manakala empat orang mengaku masih aktif mengambil dadah pada tempoh kajian dijalankan.

"Justeru langkah menyeluruh dengan kerjasama semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) penting bagi memastikan isu penagihan dadah dapat dikawal secara komprehensif dan bersasar," katanya pada Program Hari AADK Bertemu Masyarakat, di Lenggong, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Chan Hong Jin dan Pengarah AADK Negeri Perak, Mohd Azizi Salleh.

Shamsul Anuar berkata, AADK menganggarkan 1.09 rakyat negara ini terbabit dengan aktiviti penagihan dadah dan daripada jumlah itu, seramai 1,051,712 adalah lelaki manakala wanita pula berjumlah 45,696.

"Lebih membimbangkan, kebanyakan golongan yang terbabit dengan aktiviti tidak bermanfaat ini adalah golongan belia yang berumur 15 hingga 29 tahun.

"Melihat kepada angka ini, pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian dan tepat perlu digerakkan bagi memastikan aktiviti penagihan dapat dibendung," katanya.

Pada program itu, pelbagai aktiviti diadakan seperti Program Ride Against Drugs 3.0 @ Lenggong, pertandingan futsal dan bola jaring sebagai usaha untuk menarik minat golongan muda menjalankan aktiviti sihat.

 

Sumber : Berita harian

Pautan : Berita Harian

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.