kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

3,176 Pelajar Tingkatan Enam, Kolej Vokasional Terima Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai

 

KUALA NERUS, 18 Julai (Bernama) - Sebanyak 3,176 pelajar kolej tingkatan enam dan kolej vokasional telah menerima bantuan menerusi Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai setakat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata menerusi program itu setiap pelajar terpilih menerima bantuan dalam bentuk e-dompet bernilai RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut.

"Kementerian (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) telah melaksanakan Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai kepada golongan isi rumah B40 terutama mereka yang mendiami Program Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam di sekitar Lembah Klang.

"Pada penghujung 2022, kementerian telah memulakan inisiatif ini kepada pelajar kolej tingkatan enam dan kolej vokasional," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Program Outreach Sara Hidup dan Advokasi Kepenggunaan Peringkat Negeri Terengganu di sini hari ini.

Salahuddin berkata data menunjukkan lebih 80 peratus pelajar berkenaan terdiri daripada keluarga B40.

Beliau berkata pelajar itu juga didapati menggunakan peruntukan yang besar bagi dua perbelanjaan utama iaitu pembelian data Internet dan pengangkutan.

Menurut Salahuddin, Terengganu merupakan lokasi kelapan penganjuran program perintis bagi pelaksanaan program tersebut.

"Seramai 481 pelajar iaitu 256 orang pelajar kolej tingkatan enam dan 225 orang pelajar kolej vokasional di sekitar Kuala Terengganu dipilih menerima bantuan itu hari ini.

"Kementerian akan terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada masa ini," katanya.

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.