kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Pelajar Perlu Diberi Pendedahan Awal Hala Tuju Kerjaya

 

kerjaya 02082023

 

SUNGAI PETANI, 30 Julai (Bernama) - Pelajar di negara ini perlu mendapat pendedahan awal mengenai hala tuju dan peluang kerjaya yang boleh diceburi berdasarkan minat serta keupayaan masing-masing di samping dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata untuk itu platform Program YES! Rock The School yang memberikan pendedahan awal berkaitan sektor pekerjaan dan laluan kerjaya mendapat permintaan tinggi, diyakini dapat membentuk pilihan jitu dalam kalangan pelajar berkenaan.

"Inisiatif telah diambil supaya kita memberikan pendedahan kepada anak-anak yang masih di bangku sekolah untuk mengetahui tentang kerjaya. Bagaimanakah mereka bolehmembuat pemilihan untuk menentukan hala tuju mereka sebab intervensi ini adalah penting.

"Kalau tunggu sampai anak masuk ke menara gading baru nak tentukan tentang karier mereka mungkin ia terlambat, mereka (mungkin) akan memilih kursus yang tidak ada permintaan di pasaran (kerja)," katanya kepada pemberita pada program edisi Mega Kedah 2023 di Universiti Aimst di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Untuk rekod, Program YES! Rock The School anjuran Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan mula dilaksanakan pada penghujung 2021.

Sivakumar berkata program yang dianjurkan secara edisi Mega Kedah pada kali ini adalah julung kali dilaksanakan di negara ini sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan untuk membantu belia mengenal pasti potensi diri dan pilihan kerjaya untuk masa depan mereka.

"Kita akan perluaskan lagi program ini ke negeri lain selepas ini… fokus kementerian pada hari ini (kini) ialah didorong oleh industri, kita nak pastikan apakah keperluan yang wujud dalam industri ini dan kita menyediakan graduan untuk memenuhi keperluan tersebut.

"Jadi program seperti ini penting untuk memastikan bahawa apabila kita lihat kepada permintaan dahulu dan cuba mewujudkan penawaran yang ada," katanya.

Beliau berkata kebanyakan pelajar hanya terdedah dengan kerjaya antaranya doktor, peguam dan akauntan sedangkan terdapat bidang lain yang ada kebolehpasaran kerja tinggi seperti dalam bidang digital dan keselamatan siber.

"...luar sana punya banyak pilihan lain terutamanya digital. Hari ini (Pada masa sekarang) memang mempunyai peluang cukup baik dalam bidang digital ini, keselamatan siber memang punya banyak (peluang)… saya dimaklumkan bahawa ada 10,000 pekerjaan untuk keselamatan siber," katanya.

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.