kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kerajaan Setuju Wujud Institusi TVET Khusus Buat Orang Asli - Ahmad Zahid

 
14082023 tvet org asli
 

GOMBAK, 10 Ogos (Bernama) - Kerajaan bersetuju mewujudkan dan mengaktifkan dengan segera institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khusus buat masyarakat Orang Asli, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata perkara itu, selari dengan hasrat kementerian tersebut yang menyasarkan 100 peratus anak Orang Asli, dilatih untuk mendapat pekerjaan dalam pasaran kerja.

Selain itu, beliau berkata Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menyasarkan 400 anak Orang Asli dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tahun ini, susulan kejayaan 300 OrangAsli diterima masuk ke universiti tahun lepas.

“Mulai tahun ini mana-mana anak Orang Asli yang dapat surat tawaran masuk ke universiti, JAKOA akan beri tunai RM1,000 kepada pelajar itu.

“Pembiayaan untuk pelajaran kepada Orang Asli apabila masuk universiti, JAKOA akan belanjakan (pembiayaan pembelajaran) seluruh waktu pengajian kepada mahasiswa dan mahasiswi Orang Asli,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya MADANI bersama Hawa Malaysia, dan disaksikan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar di Dewan Serbaguna JAKOA Batu 12 Gombak, di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata tambang kapal terbang untuk anak Orang Asli yang belajar di universiti sama ada di Sabah dan Sarawak, juga akan dibiayai JAKOA.

Sementara itu, Sivakumar berkata karnival kali ini, merupakan antara usaha libat urus untuk memperluaskan platform kepada masyarakat Orang Asli mendapatkan perkhidmatan kebolehpasaran, profiling, peningkatan kemahiran dan peluang pekerjaan, sekali gus mengatasi kadar pengangguran.

Beliau berkata program itu juga mengetengahkan kerjasama strategik antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan JAKOA, serta industri seperti Microsoft untuk menyediakan peluang pekerjaan bersesuaian dalam kalangan Orang Asli.

“Saya ingin maklumkan majikan yang mengambil calon pekerja dalam kalangan Orang Asli, (anda) boleh memanfaatkan rangkaian program disediakan menerusi Insentif Kerjaya MADANI 2023, termasuk menerima sehingga RM1,800 untuk tempoh tiga bulan bagi seorang pekerja yang digajikan,” katanya.

Program anjuran Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO dengan kerjasama HAWA Malaysia, Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dan JAKOA, telah menawarkan lebih 5,000 peluang pekerjaan melalui 10 majikan yang mengambil bahagian.

Untuk rekod, 352 Orang Asli berjaya mendapatkan pekerjaan melalui penganjuran program temu duga khas di seluruh negara bermula 2022 sehingga Julai 2023.

 

 

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.