kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Belia Perlu Rebut Peluang Ceburi Bidang TVET - Ahmad Zahid

 
29082023 belia tvet
 
 

JOHOR BAHRU, 25 Ogos (Bernama) - Golongan belia perlu merebut peluang menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kerana kursus yang ditawarkan telah disesuaikan mengikut keperluan pasaran guna tenaga sekali gus menjamin peluang pekerjaan pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan juga telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan institusiTVET dan pihak pemain industri bagi memastikan lepasan bidang itu akan terus masuk ke pasaran.

“Di samping itu, ketika bekerja juga peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat kursus diploma dan ijazah sarjana muda akan terus ditawarkan kepada mereka. Jadi, bukan hanya mendapat kemahiran ketika bekerja yang bergaji penuh malah mereka turut mendapat peluang menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.

“Sehubungan itu, belia perlu merebut peluang ini dan kita mahu mereka jadikan TVET ini sebagai pilihan pertama dan bukan pilihan kedua,” katanya selepas merasmikan Program Belia Desa MADANI@KKDW di B5 Johor Street Market di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan statistik tahun lepas, kebolehpasaran graduan TVET mencapai tahap sehingga 92.5 peratus sekali gus membuktikan bidang itu telah melahirkan ramai belia yang mempunyai peluang pekerjaan dalam industri.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata tiga elemen dalam TVET iaitu kemahiran, pemahiran semula dan peningkatan kemahiran akan terus diutamakan bagi melahirkan lebih ramai generasi belia berdaya saing serta berkemahiran tinggi dalam sektor perkhidmatan.


Skilling iaitu memberikan latihan kemahiran dan kedua, reskilling iaitu kursus tambahan supaya mereka lebih berketerampilan dan berkemahiran manakala upskilling ialah bagi mempertingkat kursus kemahiran bersesuaian dengan keperluan dan permintaan pasaran guna tenaga.

“Kesemua elemen ini penting supaya mereka dapat menggenggam ijazah dan kelulusan akademik yang lebih tinggi tanpa meninggalkan kemahiran yang telah mereka ceburi,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, terdapat sejumlah 1,344 institusi TVET awam dan swasta di seluruh negara termasuk di bawah kerajaan negeri.

 

 

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.