kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

UA, IPT Berperanan Penting Tangani Pengangguran Tinggi Di Sabah

 
29082023 sabah
 
 

KOTA KINABALU, 27 Ogos (Bernama) - Universiti awam (UA) dan institut pengajian tinggi (IPT) berperanan penting dalam menangani isu pengangguran tinggi di Sabah dengan menyediakan pelbagai program yang memenuhi pasaran pekerjaan.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Shahril Yusof berkata UMS berperanan melahirkan siswazah berkemahiran dan mempunyai daya keusahawanan tinggi agar mereka diterima dalam pelbagai bidang.

"UMS juga memainkan peranan untuk menggalakkan minat siswazah dalam sektor pertanian kerana kita tahu bahawa sektor ini penting kepada negara dari segi keterjaminan makanan, melalui fakulti UMS yang terletak di Sandakan," katanya kepada Bernama.

Isnin lepas, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dilaporkan berkata bahawa Sabah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu 169,800 orang atau 29 peratus daripada 588,700 jumlah penganggur di seluruh negara.

Shahril berkata definisi pekerjaan kini sangat luas dan tidak terhad kepada bekerja di pejabat yang mempunyai majikan semata-mata, malah konsep pekerjaan itu merangkumi aspek keusahawanan.

Justeru, katanya UMS mewajibkan mahasiswa mengambil subjek keusahawanan bagi melatih dan memberi pendedahan mengenai cara-cara memulakan perniagaan, di samping meraih input baharu daripada pensyarah tentang kaedah dan platform yang sesuai digunakan untuk memulakan perniagaan secara dalam talian.

Beliau berkata keusahawanan merupakan sektor pekerjaan terbuka yang boleh diceburi sesiapa sahaja, selain berkait rapat dengan kemajuan teknologi yang sangat membantu dalam memajukan perniagaan terutama secara dalam talian.

“Ia secara tidak langsung membolehkan masyarakat memulakan perniagaan dengan modal yang rendah, sekali gus mampu menjana pendapatan daripada rumah.

"Kita juga harus berpandangan luas, peluang pekerjaan bukan hanya terhad di Sabah sahaja. Sekarang, e-dagang semakin maju, kita boleh bekerja dan berniaga disini tetapi pasaran ada di serata dunia," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pengurusan Sumber Manusia Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) Mohd Hanif Zakhilan berkata KTYS bersama Yayasan Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan rakan-rakan industri yang lain telah merancang dan menggerakkan kursus jangka pendek kepada pelajar kolej berkenaan.

Beliau berkata selain mengikuti kursus pengajian sedia ada, kursus jangka pendek tersebut memberi pendedahan kepada pelajar supaya mereka mudah mendapat pekerjaan atau menjadi usahawan yang mampu menyediakan peluang kerja.

"Tidak dinafi kan antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah itu ialah rentetan daripada pandemik COVID-19 yang melemahkan sektor ekonomi yang amatterkesan dalam situasi ini dan kini sedang dalam mode pemulihan pascapandemik.

“Situasi ini secara tidak langsung mengurangkan peluang pekerjaan yang wujud sebelum ini, akibat majikan tidak mampu untuk menggaji pekerja untuk perniagaanmasing-masing," katanya.

 

 

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.