kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KBS Anjur Pesta Rakan Muda Mudi: Demokrasi Beraksi Sabtu Ini

 
05092023 kbs rakan muda mudi
 
 

PUTRAJAYA, 4 Sept (Bernama) - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan ‘Pesta Rakan Muda Mudi: Demokrasi Beraksi’, sebuah program di bawah Rakan Muda pada Sabtu ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai prinsip demokrasi dan nilai kenegaraan.

Diadakan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, program secara percuma itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam di Menara KBS, Putrajaya di sini dengan sasaran antara 1,000 hingga 2,000 pengunjung, khususnya pelajar universiti dan sekolah.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata program itu merupakan projek rintis yang mengetengahkan elemen Rakan Demokrasi, Rakan Ekspresi, Rakan Muzik dan Rakan Niaga sebelum program sama diperluaskan ke luar bandar.

“Kita berhasrat untuk kembangkan (program) ke negeri lain...dan secara berkala, kita akan bawa tema yang berbeza, contohnya tema sekarang ialah demokrasi. Kita akan melaksanakan program berkaitan sukan, kesihatan mental, keusahawanan dan sebagainya,” katanya pada sidang media mengenai acara berkenaan di sini hari ini.

Kesemua elemen yang diketengahkan itu merupakan antara 10 inisiatif Rakan Muda yang diperkenalkan pada Jun lepas selaras dengan cita rasa dan minat generasi muda hari ini.

Menurut Adam Adli, pesta tersebut juga sebahagian daripada mekanisme sosialisasi KBS dalam membudayakan golongan belia dan melibatkan mereka dalam program berpaksikan penghayatan nilai murni.

Program itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda terhadap kekayaan budaya, sejarah, seni dan identiti negara, pada masa sama mendorong minat belia untuk mendalami bidang kesusasteraan serta seni.

Antara pengisian pesta itu sesi kelas demokrasi, forum berkaitan perjuangan wanita dan kemerdekaan, jualan keusahawanan belia dan pameran seni visual,selain beberapa personaliti tanah air juga dijadual membuat penampilan di pesta tersebut.

Maklumat lanjut mengenai Pesta Rakan Muda Mudi: Demokrasi Beraksi boleh didapati di https://www.kbs.gov.my/rakanmuda.html

 

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.