kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KBS Mahu TVET Tawar Program Hujung Minggu

 
11092023 kbs fit tvet
 
 

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) - Kementerian Belia dan Sukan berhasrat menstruktur semula program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan menyediakan kursus pada hujung minggu.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata ini akan meningkatkan jumlah peserta dalam kalangan pekerja sepenuh masa yang ingin meningkatkan kemahiran melalui program TVET.

“Banyak kementerian melakukan perkara sama serta menyediakan pakej serupa kepada khalayak yang sama namun kebanyakan mereka berpaling daripada TVET dan beralih kepada ekonomi gig,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Pameran Kerjaya dan Latihan Malaysia (MCTF) di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua petanda ini perlu diambil serius dan program terbabit perlu distruktur semula bagi memastikan penggunaan dana kerajaan yang berfaedah terhadap TVET.

Katanya selain itu, petunjuk penting bagi pengambilan belia sebagai tenaga kerja bukan hanya bergantung kepada kadar pengangguran tetapi harus berdasarkan data seperti penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penjagaan kesihatan.

“Saya menghargai inisiatif seperti ini (pameran kerjaya) kerana lebih banyak ia dianjurkan maka lebih banyak data yang akan kami miliki,” katanya.

Hannah berkata pihaknya kini memfokus kepada langkah memperkasa golongan belia dengan kemahiran yang mampu menjana pendapatan seperti program KLAS Renang iaitu belajar berenang secara percuma untuk kumpulan B40 sekali gus menyediakan peluang kerjaya untuk bekas atlet renang.

MCTF menampilkan lebih 200 pempamer yang terdiri daripada majikan, penyedia latihan, universiti dan kolej untuk mengetengahkan jenama mereka serta bertemu calon berpotensi.

 

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

 

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.