kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KUSKOP Terbuka Kerjasama Dengan Institusi Tawar Latihan Sektor Tumpuan NIMP 2030

 

kuskop

 

TUARAN, 16 Feb (Bernama) - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional terutama melibatkan sektor tumpuan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata ini sebagai usaha melahirkan seterusnya membekalkan lebih banyak graduan profesional serta berkemahiran tinggi terutama dalam sektor minyak dan gas yang turut menjadi industri tumpuan dalam NIMP 2030.

Justeru, beliau mahu agensi berkaitan di bawah Kuskop memudah cara permohonan mana-mana institusi terutama di Sabah yang berhasrat mengembangkan pusat latihan mereka dengan membina fasiliti diperlukan bagi menjalankan kursus serta latihan melibatkan sektor berkenaan.

"Sektor (minyak dan gas) ini antara tumpuan kita dan dalam konteks Sabah, industri ini sedang berkembang.

"Semoga dengan kerjasama ini, Kuskop dan agensinya dapat membantu melahirkan anak-anak muda Sabah yang mendapat jaminan pekerjaan dalam bidang minyak dan gas," katanya kepada pemberita selepas melawat ESTC Academy Sdn Bhd yang turut dihadiri Pengerusi akedemi itu Datuk Seri Wilfred Bumburing di sini hari ini.

ESTC Academy diwujudkan pada 2015 yang antara lain menyediakan latihan tindak balas kecemasan, latihan kesihatan dan keselamatan, serta kursus kemahiran industri termasuk dalam bidang minyak dan gas.

Setakat ini, akademi itu menganjurkan 340 kursus yang memenuhi keperluan industri di Sabah dan kira-kira 3,600 pelatih telah mengikuti kursus di pusat latihan berkenaan.

Mengulas lanjut, Ewon berkata kementeriannya juga akan melihat keperluan penyertaan program di bawah Latihan dan Pendidikan Profesional (Protege) dengan pusat latihan berkaitan sektor minyak dan gas di Sabah, selain menyediakan pembiayaan pendidikan kepada pelajar B40 yang mengikuti kursus tersebut.

"Di bawah program Protege, kita ada pembiayaan untuk melatih serta menempatkan graduan (dalam industri). Saya juga ingin melihat program Protege ini diolah semula untuk memberi fokus kepada sektor baharu yang menjadi tumpuan dalam NIMP 2030," katanya yang mahu pusat latihan seperti ESTC Academy dimasukkan dalam pelaksanaan Protege mulai tahun ini.

Dalam pada itu, Ewon berkata agensi di bawah kementeriannya seperti SME Bank, SME Corp serta Bank Rakyat juga boleh memberi pembiayaan kepada mana-mana syarikat kecil dan sederhana di seluruh negara termasuk Sabah yang mahu melibatkan perkhidmatan dalam sektor minyak dan gas.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.