kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KEB: Galak Lepasan Tahfiz Pilih TVET Sebagai Kerjaya Utama

 

tahfiz tvet

 

PUTRAJAYA, 29 Feb (Bernama) - Melonjakkan penghasilan huffaz berkemahiran dalam bidang pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara tidak langsung menggalakkan mereka memilih bidang itu sebagai kerjaya utama, merupakan antara empat resolusi dibentangkan pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di sini hari ini.

Pengerusi Kumpulan TVET Pilihan Kerjaya Utama Datuk Shamsuddin Amran berkata pada masa ini, lepasan tahfiz dilihat bertambah kerana banyak ibu bapa berminat memasukkan anak mereka ke pusat tahfiz namun, selepas tamat belajar tidak ramai daripada mereka memilih bidang TVET sebagai kerjaya.

“Kami melihat antara faktor menyebabkan lepasan tahfiz tidak berminat memasuki bidang ini kerana pemikiran ibu bapa dan mudir untuk tidak terlibat dengan program TVET dan bertumpu kepada hafazan sahaja.

“Selain itu, sistem pembangunan kurikulum di institusi tahfiz yang hanya berfokus kepada PdP (pengajaran dan pembelajaran) menghafaz dan tiada laluan pendidikan dan kerjaya yang jelas untuk lepasan tahfiz TVET, juga merupakan punca kenapa tidak ramai mahu terlibat dengan TVET,” katanya.

Justeru, Shamsuddin yang juga Ketua Operasi Kumpulan Bermaz Auto Bhd berkata antara perkara dicadangkan kepada kerajaan bagi menggalakkan lepasan tahfiz memilih bidang TVET sebagai kerjaya utama termasuk mewujudkan penjenamaan baharu kerjaya dalam tahfiz TVET iaitu teknofaz dan menambah baik ekosistem pelaksanaan tahfiz TVET yang lebih menyeluruh.

“Bagi melahirkan graduan berkemahiran dan huffaz atau tahfiz TVET, pelbagai inisiatif harus dipergiat bagi meningkatkan kualiti dan mengekalkan kerelevanan TVET khususnya kepada pelajar yang mempunyai kelebihan menghafal dan menghayati al-Quran dan memiliki kemahiran teknikal sesuai dengan keperluan industri,pasaran kerja dan menjadi pilihan kerjaya utama.

“Inisiatif ini juga sekali gus dapat membina pembangunan sahsiah diri pelajar huffaz di samping dapat melahirkan graduan huffaz yang profesional dan berkemahiran,” katanya.

Beliau berkata graduan huffaz yang mempunyai sijil kemahiran menjadi pilihan industri disebabkan mereka dilengkapi dengan kemahiran insaniah dan kemahiran yang tinggi.

Sementara itu, tiga resolusi yang dibentangkan Shamsuddin pada KEB 2024 ialah meningkatkan tenaga kerja profesional dan kompeten bumiputera berasaskanTVET; meningkatkan penglibatan bumiputera dalam kerjaya berkemahiran dan berpendapatan tringgi dan merancakkan pembangunan teknousahawan bumiputera.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.