kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

64 Pelajar Sekolah Menengah Dilantik Duta TVET Kolej Komuniti Kok Lanas

 

kok lanas

KOTA BHARU, 15 April (Bernama) - Seramai 64 pelajar dilantik sebagai Duta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi melaksanakan projek rintis di Kolej Komuniti Kok Lanas, di sini, hari ini.

Pengarah kolej Nik Ahmad Rizal Wan Ismail berkata pelajar yang terlibat merupakan pelajar Tingkatan Empat dan Lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Bharu, SMK Pangkal Kalong, SMK Mulong dan SMK Salor.

Beliau berkata kesemua pelajar tersebut, akan ditugaskan bagi menyampaikan segala input berkaitan program dan pengkhususan yang ditawarkan di bawah TVET sebagai pilihan pengajian selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sasaran ialah pelajar yang bakal menamatkan pembelajaran di peringkat SPM, yang seterusnya diperlukan bagi melanjutkan pelajaran mereka selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Program Duta TVET @ KLCC 2024, di kolej itu, di sini, hari ini.

Nik Ahmad Rizal berkata bagi lanjutan pengajian di kolej komuniti syaratnya adalah mudah, iaitu lulus SPM dengan satu kredit dan bagi pelajar B40 ada disediakan bantuan kewangan.

“Lepasan SPM boleh memilih program utama yang ditawarkan iaitu Sijil Dandanan Rambut, Sijil Terapi Kecantikan dan Spa, serta Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan dengan yuran serendah RM200 setiap semester,” katanya.

Beliau berkata untuk pelajar B40 mereka turut dibantu sebanyak RM2,400 setiap semester dan boleh menyambung ke peringkat diploma di politeknik, seterusnya ijazah sarjana muda di rangkaian universiti teknikal Malaysia.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.