kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu tampung Dengan TVET - PM

MALAYSIAN BERDEPAN

 

KOTA BHARU, 2 Mei (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.

Beliau berkata selain itu, menjadi tuntutan pada zaman sekarang untuk memberi tumpuan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) supaya tidak ketinggalan.

"Saya menyebutnya di hadapan semua kepimpinan dalam negara apa kebimbangan kita mengenai nilai soal akhlak,soal entiti kita sebagai rakyat Malaysia dan soal budaya kita supaya dalam mempertahankan teknologi baru ini.

"Kita juga berupaya mempertahankan akidah dan akhlak kepada kefahaman agama kita," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun 2024 Peringkat Negeri Kelantan Darul Naim di RTC Tunjong di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata teknologi AI juga akan diterap dalam kalangan pelajar di maahad tahfiz atau di TVET untuk menguasai ilmu baharu itu agar tidak ketinggalan.

Beliau berkata bagi merealisasikan usaha itu, syarikat Microsoft telah menyuarakan minat untuk turut melabur sebanyak RM10.5 bilion bagi pembangunan teknologi AI di Malaysia.

Anwar turut memberi jaminan bahawa kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus yang diumumkan semalamakan mendapat sokongan semua Ahli Parlimen.

"Saya fikir tiada masalah dalam meluluskan tambahan bagi kenaikan gaji penjawat awam berkuat kuasa 1 Dis ini.
"Ahli Parlimen mana yang mahu bangkang usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam malah Kelantan juga sudah menyatakan sokongan dan memaklumkan ia adalah cadangan yang baik," katanya.

Semalam, Perdana Menteri berkata kenaikan itu merupakan usaha untuk mengimbangi pendapatan antara pekerja gred rendah dan tinggi.

Beliau berkata di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang sedang diperinci, kerajaan juga akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan berbanding ketika ini yang menyaksikan jumlah pendapatan minimum meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam RM1,795 sebulan.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.