kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Beri Peluang Pelajar TVET Ambil Kursus 'Micro-Credentials'

 

Beri peluang pelajar TVET ambil kursus 'micro credentials'

 

SHAH ALAM - Pelajar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu diberi peluang untuk mengambil kursus 'micro-credentials' bagi membolehkan mereka menamatkan pengajian lebih awal.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berpandangan perkara itu juga membolehkan mereka mempunyai pengkhususan tertentu dalam bidang berkenaan selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah.

"Pada usia 17 hingga 18 tahun, pelajar ini tidak perlu lagi mengikuti pembelajaran am dan sudah ada pengkhususan tertentu sebagai contoh bidang reka grafik.

"Pembelajaran am hanya di peringkat sekolah menengah dan selepas itu sudah ada pengkhususan. Apabila sudah berumur 19 tahun mereka bukan hanya ada diploma tinggi (high diploma) tetapi pengkhususan tertentu dalam bidang TVET," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Dialog Siswa bersama Syed Saddiq yang dihoskan oleh Hazwan Mokhtar di Kompleks Karangkraf pada Khamis.

Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, jika dibandingkan sistem pendidikan di luar negara, ia dilihat lebih ke hadapan.

"Jadi kerajaan perlu mengutamakan kursus micro-crudentials kepada pelajar TVET. Apabila habis sekolah menengah terus ambil pengkhususan dan kursus micro-crudentials maka tak perlu lagi belajar di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) selama dua hingga tiga tahun.

"Sepatutnya pelajar ini diberi peluang ambil kursus micro-crudentials selama tiga, enam atau sembilan bulan untuk belajar jadi pereka grafik dan kenapa perlu tunggu selama dua hingga tahun," soalnya.

Justeru, beliau berpandangan kerajaan seharusnya mengutamakan pendidikan TVET lebih awal kepada pelajar bagi meningkatkan taraf pendidikan pendidikan tersebut.

Sumber : Sinar Harian. Pautan : Sinar Harian

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.