kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Persidangan/ Seminar Belia Antarabangsa

Sebuah program yang menghimpunkan panel jemputan daripada antarabangsa untuk berkongsi maklumat di dalam ruang perbincangan intelektual dan menghasilkan usul-usul cadangan yang boleh dikemukakan keperingkat yang lebih tinggi berkaitan pembangunan belia. Program ini akan dilaksanakan mengikut peruntukan yang disediakan. Objektif am pelaksanaan seminar/simposium antarabangsa belia: Menyediakan platform kepada golongan belia Malaysia untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan tema seminar/simposium yang dilaksanakan; Menjadi pemangkin dalam usaha IYRES melahirkan golongan belia yang mempunyai kesedaran untuk membawa perubahan yang positif kepada masyarakat; dan Mewujudkan hubungan kerjasama antara pihak tempatan dan antarabangsa dalam memperkasa pembangunan belia negara dengan lebih tersusun. Kaedah pelaksanaan seminar/simposium antarabangsa belia: Program tersebut akan dilaksanakan mengikut beberapa sesi selari yang akan dikendalikan oleh moderator/fasilitator yang dilantik. Setiap sesi selari akan melaksanakan pembentangan daripada penyelidik yang dijemput mengikut sub tema yang ditetapkan. Pada akhir sesi ini , soal jawab oleh peserta kepada pembentang akan dibuka. Diakhir program akan diadakan sesi rumusan oleh pihak IYRES. Hasil pembentangan dan rumusan program akan dijadikan dokumen untuk dibawa keperingkat tertinggi. Outcome seminar/simposium antarabangsa belia: Penyerlahan potensi IYRES dalam menyediakan platform menyebarluaskan hasil penyelidikan pembangunan belia. Meningkatkan jaringan kerjasama antara penyelidik di peringkat Nasional dan Antarabangsa. Mengumpulkan dokumen penyelidikan pembangunan belia untuk dijadikan  input di dalam Asia Pacific Journal of Youth Studies (APJYS) Edisi Khas

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.