kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENGLIBATAN DAN PEMILIHAN PEMIMPIN POLITIK DALAM KALANGAN BELIA MINORITI DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Lanskap politik Malaysia sekarang telah berubah pasca Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU 12) pada 8 Mac 2008 yang lalu. Pada PRU 12 pencapaian Barisan Nasional (BN) agak merosot dengan kehilangan majority dua pertiga di Dewan Rakyat  termasuk tewas di beberapa buah negeri kepada Pakatan Rakyat (PR). Senario itu sering dikaitkan dengan kuasa belia dalam mencatur lanskap politik di Malaysia. Oleh itu, makalah ini membincangkan secara khusus pola pemikiran parti dan pemimpin politik dalam kalangan belia minoriti di Semenanjung Malaysia. Wacana berkaitan politik belia minoriti masih baharu dan penting kerana belia minoriti juga merupakan kelompok yang sering mencetus perubahan dan perkembangan politik tanah air kea rah pembentukan  budaya politik yang sihat dan positif. Tambahan pula, senario semasa menunjukkan bahawa perbahasan politik hanya berputar dalam ruang lingkup belia majoriti semata-mata. Oleh itu, hasil kajian ini akan merungkaikan beberapa persoalan yang berlegar dalam perbahasan isu politik semasa. Adakah belia minoriti terlibat dalam politik kepartian? Bagaimana corak pemillhan parti politik dan pemimpin dalam kalangan belia komuniti minoriti selepas Tsunami Politik 2008? Apakah ciri dan latar belakang calon pillhan raya yang menjadi pilihan belia minoriti? Justeru, hasil kajian ini boleh dijadikan ukuran dan panduan terutama menjelang Pillhan Raya Umun Ke-13 (PRU 13) kelak.

Kata Kunci: Penglibatan Politik, Pemillhan Parti, Pemimpin Politik, Belia Minoriti

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.