kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

INDEKS BUDAYA SUKAN MALAYSIA 2018 CIPTA SEJARAH BARU

2802

PUTRAJAYA, 28 FEBRUARI 2019 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sekali lagi berjaya membuktikan kredibiliti sebagai pusat penyelidikan nasional apabila telah berjaya membangunkan satu mekanisme penilaian berhubung tahap budaya sukan di Malaysia iaitu Indeks Budaya sukan Malaysia 2018. Indeks ini merupakan yang pertama diwujudkan bukan sahaja di peringkat nasional tetapi peringkat dunia.

Majlis pelancaran Indeks Budaya Sukan Malaysia 2018 ini telah disempurnakan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan di Dewan Podium, Menara KBS pada 28 Februari 2019. Semasa pelancaran YB Menteri Belia dan Sukan menyatakan bahawa bagi mencapai status Negara Sukan (sporting nation) tidak hanya memfokuskan kepada pencapaian sukan berprestasi tinggi, tetapi yang paling utama adalah untuk membangunkan budaya sukan ke arah kesejahteraan rakyat yang holistik.

Selain itu, dalam satu sesi berasingan, YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES telah berkongsi hasil dapatan yang menunjukkan pencapaian skor indeks bagi tahun 2018 adalah 53.1 iaitu menggambarkan budaya sukan rakyat Malaysia berada pada tahap sederhana. Beliau menyatakan sebanyak 5 Domain dan 8 Indikator telah digunakan semasa kajian dilaksanakan. Dapatan daripada indeks ini diharapkan dapat membantu para pemegang taruh berkaitan memperhebatkan lagi program pembudayaan sukan ke arah Negara Sukan (sporting nation).

Majlis ini turut dihadiri oleh pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) selaku rakan strategik dalam penghasilan Indeks Budaya Sukan Malaysia 2018, pakar-pakar rujuk daripada beberapa universiti tempatan, pertubuhan-pertubuhan sukan, institusi pengajian awam, pelajar-pelajar sekolah dan pihak media.

Salinan Indeks Budaya Sukan Malaysia 2018 boleh didapati dengan memuat turun di laman web IYRES iaitu di pautan www.iyres.gov.my secara percuma.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting oleh:
Mastura Mohamad
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.