kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENYERTAAN KE SEMINAR PENYELIDIKAN BELIA KEBANGSAAN 2019 (YOURS’19) TERUS DIBUKA

bernama

KUALA LUMPUR, 28 OGOS 2019 – Penyertaan semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan belia terus dialu-alukan bagi menyertai Seminar Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 2019 (YOURS’19) yang bakal berlangsung pada 7 & 8 Oktober 2019, di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur. Puan Shariffah Mamat, Eksekutif Penyelidik Kanan di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) semasa di wawancara dalam program Nine 11 di Bernama News Channel (BNC) pada Rabu menyatakan YOURS’19 merupakan platform terbaik untuk semua pemegang taruh belia hadir serta mendapatkan info berkaitan hasil-hasil kajian berkaitan pembangunan belia. Sebanyak 40 kertas kerja yang menepati tema YOURS’19 akan dibentangkan oleh peserta-peserta yang terdiri daripada ahli-ahli akademik, pemain industri, NGO’s dan individu.

Tema YOURS’19 adalah Kesejahteraan Belia Harapan Masa Depan dengan mengetengahkan empat sub-tema iaitu Sosialisasi Politik Anak Muda Penentu Masa Depan Negara, Pendayaupayaan Belia Dalam Sektor Ekonomi, Pembentukan Karakter Belia Dalam Arus Modenisasi dan Media dan Masa Hadapan Belia .

YOURS’19 pada kali ini turut menampilkan YBhg. Dr. Mohamed Abdul Khalid, Penasihat Ekonomi kepada YAB Perdana Menteri sebagai Panel Jemputan Khas yang bakal berkongsi info mengenai Ketidakupayaan Belia Bersaing Dalam Sektor Ekonomi. Majlis Perasmian YOURS’19 akan disempurnakan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan.

Tarikh tutup penyertaan YOURS’19 adalah pada 25 September 2019. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui www.iyres.gov.my/yours2019.

 

Disediakan oleh:
[Muhammad Hadi Muhammad Nafis][hadi[at]iyres.gov.my]

Disunting oleh:
[Zuarini Jumai][zuarini[at[iyres.gov.my]

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.