jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

20191024 ice2019

 

20 Oktober 2019 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Bengkel Pemantapan IYRES Community Enumerator (ICE) bagi Zon Utara bermula 18 hingga 21 Oktober 2019 melibatkan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi IYRES Community Enumerator (ICE) dalam membantu penyelidikan IYRES.
Seramai 73 orang peserta telah terlibat di dalam bengkel pemantapan ICE bagi zon utara. Antara perkara yang dikongsikan bersama Crew ICE ialah Fungsi dan Peranan IYRES, Metodologi Penyelidikan, peranan dan tanggungjawab ICE, Kaedah Pengumpulan Data dan Celik Data. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pembudayaan penyelidikan dalam kalangan peserta.

Disediakan oleh
Shah Romnizam Ramli
nizam[at]iyres.gov.my

Disemak oleh:
Mastura Mohamed
mastura[at]iyres.gov.my