kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

SESI PERKONGSIAN IYRES : GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

20200811 Sharing Session

 

PUTRAJAYA, 7 Ogos 2020: Sesi perkongsian bersama kakitangan IYRES mengenai gangguan seksual di tempat kerja telah disampaikan oleh penceramah jemputan Puan Erma Ahmad Khalili, Ketua Penolong Pengarah Unit Laporan Ketua Audit Negara dan Operasi Khas, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sesi ini diadakan pada 7 Mac 2020 di Bilik Mesyuarat Aras 10, Menara KBS.

Sesi perkongsian ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan juga pendedahan kepada para pekerja supaya sentiasa berwaspada dan bertindak sewajarnya jika mengalami gangguan seksual di tempat kerja. Masih ramai yang kabur mengenai takrifan gangguan seksual. Ia bukan sahaja merupakan satu penganiayaan berbentuk fizikal malah juga mental yang menyebabkan gangguan emosi kepada mangsa tidak kira jantina, pangkat mahupun status.

Sesi ini merupakan platform terbaik bagi memahami proses mengendalikan kes menangani gangguan seksual di tempat kerja. Garis panduan yang diberikan membantu majikan mewujudkan mekanisme dalaman, dari membuat aduan hinggalah mengambil tindakan tatatertib.

 

Disediakan oleh :
Cik Hamizah Sahharon
Eksekutif Komunikasi Korporat

Disemak oleh :
Dr. Jamali Samsuddin
Ketua Eksekutif Penyelidik Kanan

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.