kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kementerian Belia Dan Sukan Ke Arah Pelaksanaan Data Raya

1jun

PUTRAJAYA, 1 JUN 2018 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dipertanggungjawabkan sebagai sekretariat utama dalam pelaksanaan Data Raya Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Bengkel Pembentukan Modul Analisa Data Raya KBS telah berlangsung selama dua hari bermula 31 Mei 2018 hingga 1 Jun 2018 yang mana ia merupakan gerak kerja awal untuk mendapatkan input data-data sedia ada bagi pembentukan Draf Model Analisis Data Raya KBS. Inisiatif pelaksanaan data raya ini dijadikan persediaan menghadapi revolusi Industri 4.0 yang menginterasikan data dan statistik secara komprehensif terutama bagi membuat keputusan berkaitan dasar dan polisi dengan tepat dan pantas.

Bengkel ini telah mendapat kerjasama positif daripada Jabatan, Bahagian dan Agensi KBS yang terlibat seperti Jabatan Belia dan Sukan Negara, Bahagian Pengurusan Dan Perkhidmatan Sokongan, Bahagian Pembangunan Belia, Bahagian Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPEB), Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Majlis Sukan Negara (MSN), Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), Institut Sukan Negara (ISN), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Bahagian Pengurusan Maklumat, Bahagian Kewangan, Bahagian Sumber Manusia dengan penglibatan seramai 69 orang peserta sepanjang bengkel berlangsung. MIMOS Berhad telah memandu pelaksanaan bengkel ini dengan dibantu oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai pemerhati.

Bengkel ini juga turut dihadiri oleh Puan Ramona Razali, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik KBS. Hasil daripada bengkel ini akan membantu melancarkan pembentukan Data Raya KBS yang dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2020 dan akan diikuti dengan siri-siri bengkel berikutnya bagi mengharmonikan serta memperhalusi sistem ini dengan lebih efisien.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Noor Afifah Johari
afifah[at]iyres.gov.my

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.