kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

IPPBM LAKSANAKAN FGD BAGI PEMBENTUKAN MODUL APLIKASI PEMETAAN BELIA MALAYSIA

 

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

BANGI, 24 Jun 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah melaksanakan sesi Fokus Group Discussion (FGD) dalam kalangan Pegawai Belia dan Sukan yang terpilih. Tujuan FGD ini diadakan adalah untuk membincangkan pembentukan Modul Aplikasi Pemetaan Belia Malaysia. Seramai 13 orang peserta telah mengikuti sesi tersebut bertempat di Hotel Residen, Bangi.

Bengkel yang dijalankan secara intensif selama sehari itu bagi mendapatkan input serta keperluan pengurusan data daripada Pegawai Perancang program-program Kementerian bagi membantu pembentukan Modul Pemetaan Belia Malaysia. Modul tersebut akan digunakan untuk melatih Pegawai Belia dan Sukan yang akan dilaksanakan di dua zon di Malaysia.

FGD ini telah memfokuskan kepada penambahbaikan aplikasi tersebut daripada segi interface danpenggunaan dataPemetaan Belia. Secara asasnya, Pemetaan Belia Malaysia ialah satu kaedah yang dibentuk bertujuan melaporkan data-data mengenai generasi belia dalam bentuk landskap peta yang berbentuk interaktif yang mana maklumat dan data yang dipaparkan tidak statik. Pengemaskinian data juga sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mempastikan maklumatnya sentiasa relevan dan ia dapat diakses melalui http://petabelia.kbs.gov.my.

Para peserta yang hadir telah memberikan pandangan mereka masing-masing. Antaranya, dicadangkan persembahan info grafik aplikasi pemetaan belia perlu ditambah baik dari segi penyampaiannya, penggunaan aplikasi diwujudkan dalam bentuk mobile web, dimuatnaik jawatankuasa pelaksana aplikasi tersebut dan dimasukkan panduan penggunaan bagi memudahkan pengguna mengakses aplikasi tersebut.

Bengkel tersebut telah berlangsung dengan jayanya di mana pembentukan Modul Pemetaan Belia Malaysia kelak dapat memberikan pemahaman kepada Pegawai Belia dan Sukan dari aspek kemahiran asas untuk merangka perancangan program-program pembangunan belia dengan lebih sistematik dengan berpandukan maklumat yang dibekalkan menerusi aplikasi Pemetaan Belia yang dihasilkan oleh IPPBM.

 

Disunting : Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof ( IPPBM )

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.