kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENGARUH FAKTOR SITUASI KELUARGA TERHADAP PENGHARGAAN KENDIRI PELAJAR BERMASALAH DI PANTAI TIMUR SABAH

Tujuan kajian adalah untuk mengkaji kesan pengaruh faktor situasi keluarga (kawalan, keprihatinan sosial, konflik keluarga) ke atas penghargaan kendiri pelajar bermasalah di sekolah sekitar kawasan pedalaman di Pantai Timur Sabah. Seramai 494 orang pelajar terlibat sebagai responden dalam kajian ini (nlelaki= 349; nperempuan= 145). Terdapat tiga bahagian soal selidik yang digunakan dalam kajian ni iaitu Bahagaian A : Demografi subjek, Bahagian B :Alat kajian Beck Codependence Assessment Scale (BCAS) digunakan untuk mengukur kebergantungan pelajar dan Bahagian C : Rosenberg Self–Esteem (RSE) untuk pengukuran penghargaan kendiri. Perisian SPSS Version 15.00 digunakan untuk menganalisis data, deskriptif dan inferensi seperti regresi pelbagai untuk menguji hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai tahap penghargaan kendiri yang sederhana (69.2%), (M= 1.293; SD= .455). Analisis regresi menunjukkan hanya dua pemboleh ubah faktor situasi keluarga iaitu keprihatinan sosial dan konflik keluarga menyumbang kepada penghargaan kendiri pelajar yang dikaji. Sub skala keprihatinan sosial menjelaskan 10.9 % varians dalam penghargaan kendiri dengan sumbangan yang positif (Beta=.195),(t= 3.747,k<0.05) ke atas penghargaan kendiri. Manakala konflik keluarga menjelaskan sebanyak 7.3 % varians terhadap penghargaan kendiri (Beta=-.269), (t = 5.210,k<0.05). Dapatan ini merumuskan bahawa subjek yang mempunyai keluarga yang prihatin cenderung untuk mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi dan sebaliknya. Manakala kesan negatif pemboleh ubah konflik keluarga ke atas penghargaan kendiri menjelaskan semakin ketara lagi konflik keluarga yang berlaku dalam keluarga maka semakin rendah penghargaan kendiri dan begitu juga sebaliknya. Ini menunjukkan pelajar–pelajar yang bermasalah ini perlu diberi perhatian yang lebih serius oleh pihak sekolah terutama dengan menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling supaya mereka mempunyai peluang yang sama dengan pelajar lain.

Kata Kunci: Faktor Situasi Keluarga, Penghargaan Kendiri, Pelajar Bermasalah

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.