kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KECENDERUNGAN MELAYARI INTERNET DALAM KALANGAN REMAJA INDIA MUSLIM DI KUALA LUMPUR

Kajian ini bertujuan mengenal pasti etika individu oleh pengguna internet di Siber Kafe dalam kalangan remaja India. Responden terdiri daripada 80 orang pengunjung dalam kalangan remaja India Muslim di kawasan ‘Golden Triangle’ di sepanjang Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Imbi. Responden telah diberikan satu set soalan untuk mengumpul data berkaitan etika penggunaan internet. Data yang diperolehi diproses menggunakan program SPSS 11.5. Hipotesis-hipotesis telah diuji dengan menggunakan kaedah Korelasi Pearson. Daripada kajian ini, didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara etika individu dengan penggunaan internet terutama dalam laman WWW dan laman perbualan (Chatting). Ini bermaksud, terdapat kecenderungan pelayar internet untuk melayari sesuatu yang tidak baik jika tiada kesedaran dari sudut tanggungjawab diri.

Kata Kunci: Remaja India Muslim, Siber Kafe, Internet, Etika, Kuala Lumpur

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.