kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

TEKAD KEUSAHAWANAN TANI DALAM KALANGAN BELIA PELAJAR PERTANIAN SEKOLAH MENENGAH

Kajian lepas menunjukkan belia pelajar pertanian di sekolah berminat untuk menceburkan diri dalam bidang usahawan tani, namun realitinya bilangan mereka yang betul-betul menceburi bidang usahawan tani adalah sangat sedikit tidak seperti yang diharapkan. Literatur menunjukkan tekad keusahawanan mempunyai impak yang penting dalam mempengaruhi keputusan seseorang itu untuk menjadi usahawan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekad keusahawanan tani dalam kalangan belia pelajar pertanian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Responden terdiri daripada 589 orang responden, iaitu pelajar tingkatan 4 tahun 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dalam zon tengah Semenanjung Malaysia yang mengambil mata pelajaran Sains Pertanian dan pelajar-pelajar yang mengambil aliran vokasional pertanian di Sekolah Menengah Vokasional Pertanian di Semenanjung Malaysia. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diadaptasi daripada kajian lepas. Data dianalisis menggunakan SPSS. Statistik yang digunakan ialah korelasi dan t-test. Dapatan kajian menunjukkan tekad keusahawanan tani belia pelajar pertanian adalah pada tahap sederhana tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan antara tekad keusahawanan tani dengan efikasi keusahawanan, ciri-ciri keusahawanan dan nilai sosial usahawan tani. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan tekad keusahawan tani antara pelajar lelaki dan perempuan. Kajian mencadangkan supaya diperbanyakkan aktiviti keusahawanan tani di kalangan belia untuk meningkatkan tekad keusahawanan tani.

Kata Kunci: Tekad Keusahawanan Tani, Efikasi Keusahawanan, Ciri-Ciri Keusahawanan, Sains Pertanian, Belia Sekolah Menengah

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.