kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

ISU DAN CABARAN PENERIMA KOMPUTER 1MALAYSIA

Inisiatif daripada kerajaan memberikan komputer riba dan perkhidmatan internet secara percuma telah mengundang pelbagai reaksi yang positif dan negatif daripada masyarakat. Kajian awal ini bertujuan berkongsi pengalaman penerima Komputer 1Malaysia. Kerangka teoritikal adalah berasaskan kepada difusi inovasi dan modenisasi. Empat kumpulan fokus telah dijalankan di antara Oktober 2011 dan April 2012 dengan informan terdiri daripada penerima-penerima komputer 1Malaysia di empat lokasi kawasan luar bandar yang berlainan. Hasil dapatan kajian menunjukkan semua penerima Komputer 1Malaysia yang gembira, teruja dan rasa bertuah. Mereka memanfaatkan teknologi yang diberikan untuk tujuan pembelajaran seperti mencari maklumat untuk tugasan rumah dan mendalami subjek atau topik yang diajar oleh guru. Penerima Komputer 1Malaysia turut mempercayai kemudahan tersebut mampu membantu mereka menjadi modal insan yang lebih berpengetahuan dan berdaya saing. Keperihatinan dan komitmen daripada guru-guru dan ibu bapa telah membantu mereka memanfaatkan sepenuhnya kemudahan tersebut. Begitupun, di sebalik kebaikan dan manfaat kemudahan tersebut juga mereka bimbang terdedah kepada pengaruh unsur-unsur yang negatif seperti budaya kuning, akses kepada bahan lucah dan membazir masa sekiranya meluangkan terlalu banyak masa untuk melayari internet. Begitupun, kemudahan teknologi tersebut telah merubah gaya hidup mereka.

Kata Kunci: Difusi Inovasi, Modenisasi, Jurang Digital, Komputer 1Malaysia & Internet

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.