kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

GAGASAN 1MALAYSIA DAN PENGGUNAAN MEDIA DALAM KALANGAN BELIA

Makalah ini berkaitan kajian kekerapan medium yang digunakan oleh para belia di Malaysia untuk mendapatkan maklumat mengenai Gagasan 1Malaysia. Secara keseluruhan, seramai 1600 orang responden yang terdiri daripada belia telah terpilih untuk kajian ini. Sejumlah 100 orang responden telah dipilih daripada setiap negeri. Para responden terdiri daripada golongan belia yang dipilih melalui kaedah pensampelan rawak selesa (convenience sampling). Sampel yang dipilih mewakili belia daripada pelbagai bangsa dan juga jantina. Dalam hal ini, tidak ditetapkan suatu prosedur asas daripada segi bangsa dan jantina responden. Maklumat diperoleh melalui jawapan daripada borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0. Frekuensi, min, cross tabulation dan peratus digunakan dalam analisa data. Data juga ditafsirkan secara deskriptif untuk menjelaskan angka dan peratusan. Penganalisisan data juga tidak mengetepikan objektif-objektif kajian bahkan analisa data membantu menjelaskan pencapaian objektif kajian. Terdapat 11 medium yang digunakan oleh belia untuk mendapatkan maklumat mengenai Gagasan 1Malaysia, iaitu televisyen, internet, akhbar, radio, Buletin, majalah, buku, ceramah, blog, newsletter dan lain-lain. Kebanyakan responden (83.9%) menjawab bahawa televisyen adalah medium yang paling kerap digunakan diikuti internet (67.8%), akhbar (63.7%), radio (50.1%), buletin (40.4%), majalah (30.9%), buku (29.9%), ceramah (20.3%), blog (22.8%), newsletter (7.8%) dan lain-lain (1.2%). Mengenai medium yang paling berkesan digunakan untuk memahami Gagasan 1Malaysia, kebanyakan responden (77.1%) menandakan televisyen adalah medium yang paling berkesan diikuti oleh internet (63.6%), akhbar (50.9%), radio (43%), buletin (36.1%), buku (25.8%), majalah (25.1%), ceramah (23.8%), blog(20.1%), newsletter (7.9%), dan lain-lain (1.8%). Para responden telah ditanya dengan 55 soalan berbentuk likert scale yang mencakupi soalan mengenai kekerapan penggunaan media untuk mendapatkan maklumat mengenai Gagasan 1Malaysia, pengujian kefahaman serta pengukuran tahap kefahaman terhadap Gagasan 1Malaysia. Kekerapan penggunaan media untuk mendapatkan maklumat mengenai Gagasan 1Malaysia diklasifikasikan mengikut julat dan skor min yang diinterpretasikan oleh penyelidik. Analisis statistik pula menggunakan skor min dan tahap setiap item bagi mentafsirkan data secara deskriptif.

Kata Kunci: Belia, Malaysia, Media, 1Malaysia

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.