kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

CABARAN PENGLIBATAN BELIA OKU DALAM PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN

Kajian ini bertujuan untuk memahami isu dan cabaran yang dihadapi oleh belia cacat penglihatan bagi terlibat aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili golongan tersebut di Malaysia. Kajian memfokuskan kepada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (Society of the Blind in Malaysia) (SBM) yang merupakan sebuah organisasi bantu diri kebangsaan yang mewakili golongan cacat penglihatan. Peserta kajian dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan seramai 21 orang peserta dari tujuh buah cawangan SBM telah terlibat sebagai peserta kajian. Data kajian dikumpul melalui kaedah perbincangan kumpulan berfokus. Dapatan kajian menunjukkan enam tema utama yang menjadi cabaran kepada belia cacat penglihatan untuk terlibat aktif dengan organisasi iaitu kepimpinan dan pengurusan, publisiti dan penyampaian maklumat, perencanaan program, isu pengangkutan, isu pekerjaan serta faktor keluarga dan masyarakat. Selain itu, kajian turut mengemukakan cadangan peserta kajian bagi meningkatkan penglibatan belia cacat penglihatan dalam Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.

Kata Kunci: Belia Cacat Penglihatan, Belia Cacat Penglihatan di Malaysia, Cabaran Belia Cacat Penglihatan Di Malaysia, Organisasi Bantu Diri, Pertubuhan Bukan Kerajaan

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.