kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KEKANGAN MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN PELAJAR INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL (TVET) DI MALAYSIA

Artikel ini meneliti kekangan menceburi bidang keusahawanan berdasarkan persepsi pelajar institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) di Malaysia. Dapatan yang dibentangkan merupakan kajian kuantitatif melibatkan seramai 1,000 orang pelajar di lapan institusi TVET awam terpilih di Semenanjung Malaysia. Secara keseluruhannya, kajian mendapati kekangan responden menceburi bidang kesusahawanan berada pada tahap sederhana. Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan dari segi kekangan menceburi bidang keusahawanan di antara responden peringkat pengajian sijil mahu pun di peringkat diploma. Walau bagaimanapun, kajian mendapati terdapat perbezaan persepsi yang signifikan terhadap kekangan menceburi bidang keusahawanan di antara responden yang memiliki keluarga/ibu bapa yang menjalankan aktiviti perniagaan berbanding responden yang bukan berlatarbelakangkan keluarga/ibu bapa yang menjalankan aktiviti perniagaan. Kajian turut mendapati terdapat perbezaan persepsi yang signifikan terhadap kekangan menceburi bidang keusahawanan di antara responden yang terlibat dengan aktiviti perniagaan semasa mengikuti pengajian di institusi berbanding mereka yang tidak terlibat langsung dengan sebarang aktiviti perniagaan. Ringkasnya, menceburi bidang keusahawanan dilihat sebagai pilihan yang realistik bagi pelajar TVET di Malaysia oleh kerana kemahiran individu yang spesifik dimiliki oleh mereka. Namun, sistem sokongan yang lebih bersepadu dan efektif boleh difikirkan bersama ke arah mengurangkan kekangan yang boleh membantutkan kesediaan mereka untuk menceburi bidang keusahawanan pada masa hadapan.

Kata Kunci: Kekangan, Pelajar TVET, Keusahawanan, Institusi TVET, Usahawan TVET

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.