kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Academic Attachment Programme (ACAP)

Academic Attachment Program (ACAP) merupakan satu inisiatif yang ditawarkan oleh IYRES kepada individu yang berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan. Keutamaan diberikan kepada para akademik yang mempunyai latar belakang akademik mengkhusus dalam bidang pembangunan belia bagi menjalani penempatan di IYRES.

ACAP terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja yang ingin menjalani program penempatan di IYRES selama minimum enam (6) bulan atau maksimum sembilan (9) bulan. (merujuk kepada tempoh perkhidmatan di institusi pengajian tinggi).

Dalam tempoh penempatan, calon akan bersama-sama terlibat dalam proses pengurusan penyelidikan, pertukaran kepakaran dan maklumat serta idea dalam aspek pembangunan belia. Menerusi ACAP, calon-calon diberikan peluang mengendalikan penyelidikan atau menyumbangkan hasil sesuatu penyelidikan dalam bentuk penerbitan sebagai outcome penempatan di IYRES. Ahli akademik yang berminat amat dialu-alukan bagi menyertai ACAP di IYRES.

Kriteria Calon ACAP:-

Warganegara Malaysia;
Kelayakan akademik di peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dari universiti dalam atau luar negara;
Keutamaan diberikan kepada ahli akademik yang berhasrat menjalani sabatikal atau cuti penyelidikan dengan kebenaran pihak universiti;
Berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan;
Calon hendaklah komited dengan suasana pembelajaran dan bersikap membimbing;
Ahli akademik yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pembangunan belia sekurang-kurangnya 10 tahun dan membawa nilai tambah kepada persekitaran pasukan penyelidik IYRES;
Tertakluk kepada keperluan semasa.

Cara Permohonan :
Mengisi borang permohonan beserta resume kepada alamat berikut;

Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10, Menara KBS,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 W.P Putrajaya
No Tel : +603-8871 3753
No Faks : +603-8871 3342

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi urus setia menerusi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

RSS

Apa itu RSS

RSS adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C). Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada laman web yang menyokong aplikasi ini.

RSS di Laman Web Rasmi IYRES

Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pengunjung laman web bagi mendapatkan info terkini berkaitan dengan lebih pantas dan berkesan.

Anda memerlukan RSS reader untuk melihat paparan ini
* ia adalah built in jika anda menggunakan Mozilla Firefox, Safari dan Internet Explorer
** Pengguna Chrome sila pasang reader seperti FeedBro atau sebagainya.

Senarai RSS:

Berita Terkini
Pengumuman
Penerbitan pada IYRES

 

Academic Attachment Programme (ACAP)

The content will be updated.

Thank you.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.