kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Hari Belia Negara 2017 – Negaraku

13 15 Mei 2017 Sambutan Hari Belia

 

PUTRAJAYA, 15 MEI 2017 – Hari Belia Negara (HBN) 2017 Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan pelbagai aktiviti untuk belia diadakan di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan tema ‘Negaraku’. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mengambil kesempatan dalam kemeriahan sambutan HBN 2017 dengan mempromosikan produk-produk IYRES secara terus kepada kumpulan sasaran iaitu belia. Penyebarluasan produk dan penyebaran data dapatan kajian melalui pameran dan pengumpulan Profil Belia Negara adalah bertujuan agar masyarakat dan belia khasnya memahami fungsi IYRES selaku pusat penyelidikan pembangunan belia negara. Selain daripada itu pengumpulan Profil Belia Negara juga dilaksanakan bertujuan memperkasakan pangkalan data E-belia sediada.
HBN 2017 juga menampilkan kepelbagaian program yang telah dibahagikan kepada beberapa segmen seperti Ekspresiku Kerohanian, Sosial & Usahawan, Seni & Budaya serta Pendidikan & Kemahiran yang diadakan di sekitar Putrajaya. Penganjuran ini merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) yang berlangsung dari 13 hingga 15 Mei 2017. Selain di Putrajaya, IYRES turut terlibat dengan sambutan HBN 2017 di Menara Kuala Lumpur melalui program satelit Urban Youth Festival yang dianjurkan oleh Pergerakan Belia Inspirasi yang bermatlamat memberi kesedaran dan maklumat berkaitan pendidikan, kerjaya dan sukan dalam kalangan belia Kuala Lumpur.
Kemuncak kepada sambutan ialah pelaksanaan Konvensyen Belia Negara yang mengupas tajuk Transformasi Nasional 2050 (TN50): Aspirasi Kepimpinan Bangsa Angkasa dan penganugerahan dan penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang cemerlang melalui Anugerah Perdana Belia Negara (APBN). Sambutan HBN 2017 ini telah menggabungkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO demi untuk memartabatkan pembangunan belia Malaysia.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Wan Nor Iza Mohd Nor
nor.iza[at]iyres.gov.my

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.