kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Malaysian Journal of Youth Studies Edisi 2020

PANDUAN KEPADA PENYUMBANG
Malaysian Journal of Youth Studies ialah sebuah jurnal berwasit yang komited kepada perkembangan ilmu pengajian belia. Jurnal ini menerbitkan artikel yang pastinya boleh menjadi input berguna kepada para pembuat keputusan, sarjana serta individu perseorangan dalam aspek pembangunan belia. Jurnal ini diterbitkan oleh IYRES secara berkala dua (2) kali setahun.

PROSEDUR PENYERAHAN MANUSKRIP
Malaysian Journal of Youth Studies menerbitkan manuskrip yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Manuskrip yang diserah untuk diterbitkan dalam jurnal ini hendaklah merupakan karya asli yang belum pernah diterbitkan atau tidak dihantar untuk pertimbangan oleh mana-mana penerbitan lain. Manuskrip, ditaip selang sebaris di atas kertas bersaiz A4, hendaklah emelkan kepada Urusetia Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Para penulis yang manuskripnya telah diterima untuk penerbitan dikehendaki menghantar sesalinan manuskrip akhir yang telah disunting dalam bentuk soft copy. Satu nota ringkas biografi penulis perlu disertakan bersama-sama dengan manuskrip. Semasa manuskrip masih dalam pertimbangan Lembaga Editorial, para penulis bertanggungjawab menghubungi editor untuk memaklumkan tentang sebarang perubahan alamat. Setiap artikel yang diterbitkan akan diberikan dua (2) naskhah salinan Malaysian Journal of Youth Studies.

FORMAT DAN GAYA
Tajuk sesuatu manuskrip perlulah ringkas, deskriptif dan seharusnya tidak melebihi 15 perkataan. Setiap manuskrip harus mempunyai abstrak (150 hingga 250 patah perkataan) dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang berkisarkan isi-isi utamanya termasuk kata kunci sekurang-kurangnya lima (5) perkataan, tujuan, objektif, metodologi, dapatan dan rumusan. Penulisan artikel di antara 15 hingga 20 muka surat sahaja.

Semua ilustrasi termasuk rajah, carta dan graf, mesti dilabel dan disediakan dalam halaman bersama dengan teks. Kedudukan ilustrasi seperti yang dikehendaki dalam teks hendaklah ditanda dengan jelas.

Rujukan dalam teks hendaklah menggunakan sistem nama penulis dan diikuti oleh tahun penerbitan. Satu senarai rujukan yang disusun mengikut abjad hendaklah dimasukkan di bahagian akhir sesebuah manuskrip. Kesemua rujukan yang dipetik dalam teks haruslah muncul dalam kesempurnaan maklumat dan senarai rujukan. Semua manuskrip mesti mengikut garis panduan rujukan A.P.A (The American Psychological Association).

HAK CIPTA
Para penulis bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan manuskrip mereka tidak melanggar mana-mana hak cipta sedia ada. Penulis bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi kepada para editor dan penerbit ke atas sebarang pelanggaran terhadap hak cipta. Para penulis seharusnya mendapatkan keizinan untuk menerbitkan semula atau mengubahsuai bahan-bahan yang mempunyai hak cipta dan menunjukkan bukti keizinan tersebut semasa menyerahkan naskhah akhir manuskrip.

PROSES PEWASITAN
Sesebuah manuskrip akan dinilai oleh Lembaga Editorial dan diwasitkan. Keputusan tentang penerbitan sesebuah manuskrip berdasarkan kepada saranan ahli-ahli Lembaga Editorial. Sesebuah manuskrip akan dinilai berasaskan kesesuaiannya dengan Malaysian Journal of Youth Studies sumbangan kepada disiplin ilmu, kejituan analisis, keluasan konseptual, persembahan yang jelas dan kesempurnaan teknikal. Bagi memastikan sesebuah manuskrip dinilai semata-mata berdasarkan meritnya, identiti penulis semasa proses perwasitan tidak didedahkan kepada wasit. Manuskrip yang diserahkan oleh mana-mana anggota Lembaga Editorial juga tertakluk kepada prosedur perwasitan yang sama.

Sebarang pertanyaan boleh diutarakan kepada Cik Siti Shazwani Md Yusoof di talian 03-8871 3330 / shazwani[at]iyres.gov.my atau menerusi email malaysianyouth[at]iyres.gov.my

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.