kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

TN50 Pastikan Golongan Muda Tak Terbeban

Khairy Jamaluddin (kanan) menyampaikan ucapan pada majlis Transformasi Nasional 2050 (TN50) peringkat
negeri Melaka, malam ini.  Bersamanya ialah Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (kiri). - Foto Bernama

MELAKA - Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan memastikan generasi akan datang tidak 'mewarisi' beban peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat kini, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, perkara itu mampu direalisasikan dengan pelaksanaan pelbagai aspirasi disuarakan generasi muda untuk TN50 antaranya dalam soal pengangkutan, perumahan dan kemudahan kesihatan mampu milik serta pekerjaan lebih baik.

"Isu kos sara hidup akan dapat ditangani jika aspirasi ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh kerajaan. Contohnya antara penyumbang terbesar kos sara hidup tinggi ialah perumahan iaitu sewa dan harga rumah yang tinggi, begitu juga kos pengangkutan awam yang tinggi, kita guna kenderaan sendiri...petrol meningkat dan sebagainya. "Tetapi apabila kita dapat melabur dengan menjadikan kawasan bandar dan luar bandar lebih sesuai didiami dengan rumah mampu milik, pengangkutan awam lebih murah...ini dengan sendirinya menyelesaikan masalah kos sara hidup," katanya pada sidang media di sini malam tadi.

Terdahulu, beliau menghadiri Siri Dialog TN50 Melaka di Ayer Keroh di sini, yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan kira-kira 1,500 peserta.

Khairy berkata, apa yang penting sekarang adalah memastikan TN50 mampu mengadakan penyelesaian jangka panjang bagi memastikan pelan itu dapat mengatasi masalah peningkatan kos sara hidup.

"Kita ada penyelesaian secara ad hoc seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya tetapi penyelesaian secara struktur melalui TN50 mestilah datang daripada sumber aspirasi yang saya katakan tadi," katanya.

Beliau berkata inisiatif penyelesaian kos sara hidup yang dikemukakannya melalui Pemuda Umno hanyalah berbentuk reaktif dan bukan secara struktur jangka panjang.

"Seperti penangguhan kenaikan harga tol itu hanya penangguhan, tetapi nanti kena naikkan juga tol. Kita mahu penyelesaian secara struktur seperti rumah mampu milik dan pekerjaan lebih baik barulah dapat atasi masalah kenaikan kos sara hidup," katanya. - Bernama Sumber : Sinar Harian Online / 28 Mac 2017

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.