jata kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
A- A A+
A  A Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq2 hubungi maklumbalas peta

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan siri Bengkel Pemantapan IYRES Community Enumerator (ICE). Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi peserta dalam membantu penyelidikan yang dilaksanakan oleh IYRES.

Jom sertai kami sebagai Crew IYRES Community Enumerator (ICE) sekiranya anda memenuhi kriteria berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur di antara 21 tahun hingga 40 tahun;
  3. Berminat dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan;
  4. Mahir/boleh berkomunikasi dan memahami Bahasa Melayu dan English dengan baik;
  5. Berpengalaman menjadi pembanci/Enumerator (sekiranya ada);
  6. Mempunyai lesen memandu kenderaan;
  7. Berdisplin, berdedikasi, jujur, komited, berintegriti serta pandai berkomunikasi; dan
  8. Boleh menerima arahan dari semasa ke semasa.

Maklumat pelaksanaan Bengkel Pemantapan IYRES Community Enumerator (ICE) adalah seperti berikut:

Bil.

Negeri

Tarikh

Tempat Bengkel

Jumlah Peserta yang diperlukan

1

Pahang

21 September 2019

Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang, Kuantan

30 orang

2

Kelantan

21 September 2019

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Kota Bharu

30 orang

3

Terengganu

21 September 2019

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu

30 orang

4

Perak

19 Oktober 2019

Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh

30 orang

5

Pulau Pinang

19 Oktober 2019

Kompleks Rakan Muda Jawi, Pulau Pinang

30 orang

6

Kedah

19 Oktober 2019

Bilik Seminar, Wisma MSA, Kepala Batas Kedah

30 orang

7

Perlis

20 Oktober 2019

Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis

30 orang

Nota: * Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Kepada calon yang berminat, anda boleh mendaftar butiran anda pada pautan yang disediakan (sila Klik Disini). 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut, anda boleh menghubungi pegawai kami atas talian berikut:

En. Shah Romnizam Ramli  03 8871 3331 (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Puan Norlyana Ahmad Hisham  03 8871 3344 (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)