kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

EMAIL USAGE AMONG YOUTH STAFF IN MALAYSIAN PUBLIC AND PRIVATE UNIVERSITIES

Artikel ini bertujuan mengkaji faktor yang mempengaruhi penggunaan emel dalam kalangan kakitangan belia di universiti awam dan swasta di Malaysia. Model Penerimaan Teknologi (TAM) telah digunakan sebagai asas penyelidikan untuk mengkaji hubungan Tanggapan Mudah Guna (PEOU) dan Tanggapan Kebergunaan (PU) dengan penggunaan emel (U). Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik dan kajian diedarkan dalam kalangan kakitangan belia bukan akademik di empat buah universiti awam dan empat buah universiti swasta di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan pengaruh yang signifikan positif PEOU ke atas PU dalam penggunaan emel dalam kalangan kakitangan belia universiti awam dan swasta di Malaysia . Kedua-dua PEOU dan PU mempunyai pengaruh positif dengan penggunaan emel dalam kalangan mereka. Akhirnya, PU mempunyai kesan pengantaraan pada hubungan PEOU dan penggunaan emel. Kakitangan belia dengan tahap PEOU yang tinggi menyumbang kepada PU yang tinggi dan seterusnya menyebabkan penggunaan emel yang lebih tinggi dalam kalangan kakitangan belia tersebut.

Kata Kunci: Belia, Emel, Model Penerimaan Teknologi (TAM), Tanggapan Mudah Guna (PEOU), Tanggapan Kebergunaan (PU)

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.