kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENGLIBATAN REMAJA PEREMPUAN DALAM PENYALAHGUNAAN BAHAN

Masalah penyalahgunaan bahan khususnya dadah kekal sebagai musuh utama negara. Perkara yang menimbulkan kebimbangan berhubung penyalahgunaan bahan ialah semakin ramai golongan wanita termasuk remaja perempuan yang terlibat dalam masalah ini. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyatakan bilangan penagih dadah wanita terus bertambah ekoran semakin ramai daripada mereka yang menghisap rokok, bekalan dadah mudah diperoleh, desakan hidup, pengaruh rakan sebaya dan kurang resilien. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan untuk meneroka faktor penglibatan remaja perempuan dalam penyalahgunaan bahan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sebagai reka bentuk kajian. Seramai lapan responden di salah sebuah Asrama Akhlak telah dipilih secara bertujuan bagi mendapatkan data berkaitan. Kaedah penggumpulan data dilakukan melalui temu bual mendalam dengan lapan responden yang melibatkan satu hingga dua sesi. Setiap sesi mengambil masa antara 45 minit sehingga satu jam. Hasil temu bual telah dianalisis secara sistematik dan mendapati penglibatan remaja perempuan dalam penyalahgunaan bahan disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya, keluarga yang bermasalah dan meningkatkan stamina dalam aktiviti seksual. Hasil kajian ini adalah signifikan khususnya kepada pengamal bantuan seperti pekerja sosial dan kaunselor dalam merangka strategi intervensi bagi memulih dan mencegah remaja perempuan daripada terlibat dalam masalah ini. Selain itu, hasil kajian adalah signifikan dalam menyediakan program dan aktiviti berkaitan penyalahgunaan bahan terutamanya dalam kalangan remaja perempuan.

Kata Kunci: Faktor penglibatan, penyalahgunaan bahan, remaja perempuan, kajian kualitatif.

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.