kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
  • Eng
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERSIDANGAN MEJA BULAT PERGOLAKAN DEMOKRASI DI MESIR: PERSPEKTIF GENERASI MUDA

PERSIDANGAN MEJA BULAT PERGOLAKAN DEMOKRASI DI MESIR: PERSPEKTIF GENERASI MUDA

TARIKH : 2 SEPTEMBER 2013
TEMPAT

PUSAT BELIA ANTARABANGSA (IYC),CHERAS

PESERTA 50 ORANG

OBJEKTIF PERSIDANGAN

1. Membincangkan dan mengemas kini perkembangan terkini dan sebenar krisis demokrasi di Mesir
2. Membincangkan isu Mesir daripada aspek krisis kemanusiaan, pelanggaran hak asasi dan pencabulan demokrasi yang penting dalam kehidupan asas sebagai seorang manusia.
3. Membincangkan tindakan yang bersesuaian atas kapasiti dan kemampuan sebagai generasi muda bagi menamatkan krisis demokrasi di Mesir
4. Mendokumenkan hasil kenyataan dan deklarasi pernyataan sikap Belia Malaysia terhadap krisis demokrasi di Mesir untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang

Rumusan: 8 Deklarasi

 a) Menegaskan bahawa Belia Malaysia mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya apa jua bentuk keganasan, kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia dan demokrasi di Mesir.

 b) Menggesa Kerajaan Malaysia dan mana-mana kerajaan dunia mengecam pencabulan hak asasi dan demokrasi di Mesir.

 c) Mengesa OIC dan Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan bersepadu bagi menyelesaikan pergolakan yang berlaku di Mesir. 

d) Menegaskan pendirian bahawa pengolakan di Mesir merupakan isu Demokrasi dan kemanusiaan yang merupakan isu sejagat yang perlu diperjuangkan dan dipertahankan oleh seluruh dunia. 

e) Mengerakkan usaha kerjasama semua Negara untuk membangun dan melaksanakan langkah yang efektif dan berkesan bagi membantu menyelesaikan isu sosioekonomi di Mesir.

f) Menggesa Liga Arab mengadakan persidangan tergempat sebagai usaha kerjasama untuk menyelesaikan isu keselamatan di Mesir.

g) Bersetuju bahawa Malaysia boleh berperanan untuk membantu menyelesaikan pergolakan di Mesir. 

h) Menggesa supaya keseragaman media massa dalam meyampaikan maklumat dan laporan yang lebih tepat dan telus terhadap krisis Mesir kepada masyarakat dunia.

 

 << Kembali

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.