kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Pegawai Program

Pegawai Program
Gred : S41 (Contract For Service)

SYARAT LANTIKAN

  1. Kelayakan

Kelayakan Masuk        :   Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian)

        Syarat Lantikan Asas   :  Ijazah Sarjana Muda
        
        Gaji Permulaan          :   S41 : RM1,908.45

    b. Dan ;

             (i)        Syarat Lantikan Masuk                 :     Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh  tutup   iklan jawatan

             (ii)       Syarat Bahasa Melayu                    :    Lulus dengan kepujian di peringkat SPM

             (iii)      Syarat Bahasa Inggeris                  :     Lulus dengan kepujian di peringkat SPM

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk melaksanakan tugasan seperti berikut :

  1.   Bertanggungjawab merancang, melaksanakan dan menyediakan laporan serta  penilaian program; dan
  2.   Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan, pameran, dan bertindak sebagai pegawai perhubungan awam; dan
  3.   Bertanggungjawab menguruskan pelaksanaan  program dan aktiviti sokongan penyelidikan dan aktiviti komunikasi korporat untuk promosi IYRES

 PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Hanya permohonan yang ditapis senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA SAHAJA perlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IYRES selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a.       Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.iyres.gov.my  dan memuat turun borang permohonan. Pemohon boleh menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ melalui e-mel ; atau

b.       Permohonan secara terus melalui Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES.

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari KHAMIS 25 JUN 2015 .

Sila kemukakan permohonan kepada:

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya

Tel     : 03 – 8871 3254/3753/3705
Faks  : 03 – 8871 3342
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Perangkawan/ Pegawai Belia dan Sukan

FINALLOGO11022014x

PELUANG PEKERJAAN

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di IYRES.

1.       JAWATAN DITAWARKAN

i)

Jawatan

:

Perangkawan/ Pegawai Belia dan Sukan

ii)

Gred

:

S41

iii)

Kumpulan Perkhidmatan

:

Pengurusan dan Profesional

iv)

Taraf Jawatan

:

Tetap

2.       JADUAL GAJI     

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar

Kenaikan Gaji Tahunan

RM1,914.00

RM8,649.00

RM225.00

3.       SYARAT LANTIKAN

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada  tarikh tutup iklan
  2. Kelayakan Lantikan ke Gred S41 :

Kelayakan Masuk      

:

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)

Bidang/Kelayakan Khusus

:

Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Gaji Permulaan             

:

S41: P1 RM2,117.57

ATAU;

Kelayakan Masuk      

:

Badan Profesional

Bidang/Kelayakan Khusus

:

Associateship Institute of Statisticians, London atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Gaji Permulaan            

:

S41: P1 RM2,117.57

ATAU;

Kelayakan Masuk      

:

Ijazah Sarjana

Bidang/Kelayakan Khusus

:

ijazah sarjana dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Gaji Permulaan            

:

S41: P1 RM2,526.41

DAN;

Syarat Lantikan Tambahan

:

Keutamaan diberi kepada calon mempunyai pengalaman membantu hal ehwal pengurusan data dan analisa data

Syarat Bahasa Melayu       

:

Lulus di peringkat SPM

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan  adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk melaksanakan tugasan seperti berikut :

  1. Membantu  pengurusan dan pelaksanaan kajian/penyelidikan.
  2. Membantu mengumpul maklumat dan data berkaitan isu-isu pembangunan belia.
  3. Menjalinkan hubungan kerjasama dengan mana-mana agensi / institut / individu yang terlibat dalam bidang penyelidikan sains sosial.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

 

a.         Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.ippbm.gov.mydan memuat turun borang permohonan. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada urus setia di alamat :

            PEGAWAI TADBIR,

            UNIT PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA,

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ( IYRES),

Aras 10, Menara KBS,

No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62570 Putrajaya

Tel      : 03 – 8871 3254/3753/3705

Faks   : 03 – 8871 3342

b.         Bagi pemohon yang ingin menghantar permohonan melalui e-mel, pemohon perlu menghantar borang yang lengkap diisi berserta 'resume' . Setiap permohonan melalui e-mel hendaklah dinyatakan "PERMOHONAN JAWATAN PERANGKAWAN/ PEGAWAI BELIA DAN SUKAN " pada bahagian subjek e-mel bagi memudahkan permohonan ditapis. Permohonan boleh dihantar  ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

                   atau;

c.       Hadir sendiri ke Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES seperti alamat dia atas

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. HANYA PERMOHONAN YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak selepas satu bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai TIDAK BERJAYA.
  3. Pemohon yang dipanggil temu dugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan untuk diserahkan kepada urus setia temu duga.
  4. Tarikh tutup permohonan ialah pada hari  AHAD, 30 November  2014  

Pegawai Perhubungan Awam

PELUANG PEKERJAAN

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di IYRES.

JAWATAN DITAWARKAN

1) Pegawai Perhubungan Awam Gred S41
Taraf Jawatan : Kontrak

SYARAT LANTIKAN

a) Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan.

b) Kelayakan
(i) Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian)
Syarat Lantikan Asas : Ijazah Sarjana Muda
Bidang : Komunikasi Korporat
(Perhubungan Awam) Gaji Permulaan : S41 : RM2,078.00

c) Kriterian yang diambil kira :

(i) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;

(ii) Berpengalaman dan berkeyakinan dalam mengurus dan mengendalikan majlis dan program rasmi;

(iii) Mempunyai kemahiran teknologi maklumat yang baik dan berkebolehan menggunakan media sosial dengan berkesan;

(iv) Peka, sensitif dengan isu-isu semasa dan berkeupayaan untuk menganalisa dan menangani isu;

(v) Berupaya mewujudkan rangkaian komunikasi dalam dan luar negara; dan

(vi) Berkebolehan dalam penulisan laporan dan berita.

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan bagi melaksanakan fungsi dan tugasan berikut :
i. Merancang, mengurus dan mewujudkan perhubungan serta kerjasama dengan semua kementerian, agensi kerajaan/swasta, institusi pendidikan dan institusi penyelidikan yang lain.

ii. Merancang, menguruskan dan menyelaras promosi dan publisiti IYRES di media massa, media elektronik, media sosial , media atas talian dan lain-lain platform yang berkenaan.

iii. Menguruskan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan dan bagi memenuhi ketetapan masa dan objektif IYRES secara keseluruhan;

iv. Menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan IYRES;

v. Mengurus maklum balas berhubung isu-isu yang melibatkan imej IYRES dan perhubungan baik dengan pihak media;

vi. Bertindak sebagai pegawai penyelaras media dan perhubungan;

vii. Bertindak sebagai penyelaras Aduan Awam/Pelanggan; dan

viii. Bertanggungjawab terhadap protokol dalam Pengurusan Acara

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. Hanya permohonan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

b. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IYRES selepas tiga (3) minggu dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

c. Pemohon yang dipanggil temuduga perlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat dengan :

a. Memuat turun borang permohonan (klik disini) .

b. Borang permohonan mesti diisi dengan lengkap dan dikepilkan bersama resume

c. Kemukakan permohonan secara terus ke alamat berikut :

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya

Tel : 03 – 8871 3254/3753/3705
Faks : 03 – 8871 3342

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari 31 Januari 2017 (Selasa)

Pegawai Komunikasi Korporat

Pegawai Komunikasi Korporat
Gred : S41/S44 (Contract For Service)

SYARAT LANTIKAN

  1. Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 25 tahun pada    tarikh tutup iklan.
  2. Kelayakan

Kelayakan Masuk        :   Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian)

        Syarat Lantikan Asas   :  Ijazah Sarjana Muda 
        Bidang Berkaitan :   Komunikasi Korporat (Perhubungan Awam)

        Gaji Permulaan          :   S41 : RM1,909.00

c.  Kelayakan Mesti  Ada :

  1. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  2. Berpengelaman dan berkeyakinan dalam mengendalikan majlis dan program;
  3. Mempunyai kemahiran teknologi maklumat yang baik dan berkebolehan menggunakan media sosial dengan berkesan.
  4. Peka,sensitif dengan isu-isu semasa dan keupayaan untuk menangani isu;
  5. Berupaya mewujudkan rangkaian komunikasi dalam dan luar negara;
  6. Berkebolehan dalam penulisan laporan

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan bagi melaksanakan tugasan seperti berikut :

  1. Menguruskan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan dan bagi memenuhi ketetapan masa dan objektif IYRES secara keseluruhan;
  2. Menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan IYRES
  3. Mengurus maklum balas berhubung isu-isu yang melibatkan imej IYRES dan perhubungan baik dengan pihak media;
  4. Bertindak sebagai pegawai penyelaras media dan perhubungan;
  5. Bertindak sebagai penyelaras Aduan Awam/Pelanggan; dan
  6. Bertanggungjawab terhadap protokol dalam Pengurusan Acara

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemuduga.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IYRES selepas tiga (3) minggu dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan adalah TIDAK BERJAYA
  3. Pemohon yang dipanggil temudugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a.       Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.ippbm.gov.my dan memuat turun BORANG PERMOHONAN . Pemohon boleh menghantar borang yang lengkap diisi berserta 'resume' melalui e-mel ; atau

b.       Permohonan secara terus melalui Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES.

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin 29 September 2014.

Sila kemukakan permohonan kepada:

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya

Tel     : 03 – 8871 3254/3753/3705
Faks  : 03 – 8871 3342
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pegawai Penerbitan
Gred : S41 (Contract For Service)

SYARAT LANTIKAN

  1. Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 25 tahun pada    tarikh tutup iklan.
  2. Kelayakan

Kelayakan Masuk        :   Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian)

        Syarat Lantikan Asas   :  Ijazah Sarjana Muda
        Bidang Berkaitan :   Penerbitan/Penulisan Am/Akademik/Sastera         Gaji Permulaan          :   S41 : RM1,909.00

c.  Kelayakan Mesti  Ada :

  1. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  2. Berkemahiran  dalam semua aspek bidang penerbitan
  3. Mempunyai pengalaman dalam bidang penerbitan/penulisan atau bekerja dalam bidang yang relevan dengan penerbitan/penulisan

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan bagi melaksanakan tugasan seperti berikut :

PENERBITAN

  1. Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja penerbitan dan perancangan penerbitan
  2. Menguruskan penerbitan berhubung dengan pihak percetakan
  3. Merancang dan menguruskan edaran bahan Penerbitan IPPBM
  4. Menguruskan hal berkaitan ISSN/ISBN dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia
  5. Menguruskan hal penerbitan dalam portal IYRES.
  6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa

 

PUSAT SUMBER

  1. Menguruskan hal-hal berkaitan pusat sumber melibatkan alatan, buku-buku, data-data dan yang berkaitan
  2. Mengumpul dan mengenalpasti bahan-bahan yang sesuai untuk dimuatkan di dalam  pusat sumber
  3. Merancang dan menguruskan pembelian bahan baru (buku/majalah/ surat khabar) sebagai rujukan di Pusat Sumber.
  4. Merancang dan menguruskan bahan bacaan
  5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemuduga.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IYRES selepas tiga (3) minggu dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan adalah TIDAK BERJAYA
  3. Pemohon yang dipanggil temudugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a.       Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IYRES di www.ippbm.gov.my dan memuat turun borang permohonan. Pemohon boleh menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ melalui e-mel ; atau

b.       Permohonan secara terus melalui Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IYRES.

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari AHAD 31 Ogos 2014.

Sila kemukakan permohonan kepada:

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES),
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya

Tel     : 03 – 8871 3254/3753/3705
Faks  : 03 – 8871 3342
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.