- Laman Utama
- Transaksi Perkhidmatan Online
- Direktori Staff
- Kumpulan Sokongan
- Pemandu Kenderaan
Pemandu Kenderaan
PELUANG PEKERJAAN
INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di IYRES.
1. JAWATAN DITAWARKAN
i) |
Jawatan |
: |
Pemandu Kenderaan |
ii) |
Gred |
: |
H11 |
iii) |
Kumpulan Perkhidmatan |
: |
Pelaksana |
iv) |
Taraf Jawatan |
: |
Tetap |
2. JADUAL GAJI
Gaji Minimum |
Gaji Maksimum |
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
RM837.00 |
RM2,619.00 |
RM80.00 |
3. SYARAT LANTIKAN
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Kelayakan Lantikan ke Gred H11 :
Kelayakan Masuk |
: |
Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Rendah Pelajaran (SRP) |
||||||
Bidang/Kelayakan Khusus |
: |
Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; |
||||||
Gaji Permulaan |
: |
H11: P1 RM896.15 Mengikut Kelas Lesen Memandu :
|
DAN;
Syarat Lantikan Tambahan |
: |
Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/ F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini Mempunyai pengalaman sebagai pemandu kenderaan jabatan |
Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk melaksanakan tugasan seperti berikut :
i. Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.
ii. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori,dumper, roller dan traktor pertanian.
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web di www.ippbm.gov.my dan memuat turun borang permohonan. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada urus setia di alamat :
PEGAWAI TADBIR,
UNIT PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA,
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) ,
Aras 10, Menara KBS,
No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya
Tel : 03 – 8871 3254/3753/3705
Faks : 03 – 8871 3342
b. Bagi pemohon yang ingin menghantar permohonan melalui e-mel, pemohon perlu menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ . Setiap permohonan melalui e-mel hendaklah dinyatakan “PERMOHONAN JAWATANN” pada bahagian subjek e-mel bagi memudahkan permohonan ditapis. Permohonan boleh dihantar ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
atau;
c. Hadir sendiri ke Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, seperti alamat dia atas
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
- Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. HANYA PERMOHONAN YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak selepas satu bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai TIDAK BERJAYA.
- Pemohon yang dipanggil temu dugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan untuk diserahkan kepada urus setia temu duga.
- Tarikh tutup permohonan ialah pada hari AHAD, 30 November 2014.