kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Setiausaha Pejabat Gred N27

JAWATAN DITAWARKAN

 1)  Setiausaha Pejabat Gred N27 ( Contract For Service)

 

SYARAT LANTIKAN

a)  Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang 25 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. 

b)  Terbuka kepada lelaki atau wanita.

 

c)  Syarat Am:

      a)    Syarat Bahasa Melayu              :           Lulus dengan kepujian di peringkat SPM

      b)    Syarat Bahasa Inggeris            :           Lulus dengan kepujian di peringkat SPM

c)  Kelayakan

      (i)    Kelayakan Masuk                     :           Diploma

             Bidang/Kelayakan Khusus          :          Diploma Sains Kesetiausahaan daripada Institusi Pengajian Awam / Swasta atau politeknik-politeknik tempatan                                                                         

                                                                                    N27 : P1 RM1,361.14

Atau;

      (ii)    Kelayakan Masuk                        :          Diploma

             Bidang/Kelayakan Khusus             :          Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada Institusi Pengajian Awam atau Swasta

                                                                       N27 : RM1,661.95

Dan;

     (iii)   Syarat Lantikan Masuk               :           Berumur tidak kurang 25 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan  jawatan

     (iv)  Syarat Bahasa Melayu                 :           Lulus dengan kepujian di peringkat SPM

     (v)  Syarat Bahasa Inggeris                :           Lulus dengan kepujian di peringkat SPM

 

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk melaksanakan tugasan seperti berikut :

i.  Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian Ketua Jabatan berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat menyurat, laporan dan pengurusan fail; dan

ii.  Bertanggungjawab memastikan semua keperluan rasmi Ketua Jabatan dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur

 

Syarat lain

  1. Calon yang pernah berkhidmat dan mempunyai pengalaman bekerja di bawah Ketua Jabatan yang menjalankan penyelidikan sosial akan diberi keutamaan

 

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a)    Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

b)    Hanya permohonan yang ditapis dan disenarai pendek  akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA SAHAJA perlu membawa dokumen-dokumen asal dan satu salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

c)    Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IPPBM selepas dua (2) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

 

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a.         Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IPPBM di www.ippbm.gov.my dan memuat turun borang permohonan. Pemohon boleh menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ melalui e-mel ; atau

b.         Permohonan secara terus melalui Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IPPBM.

Sila kemukakan permohonan kepada:

 

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia,

Aras 10, Menara KBS,

No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62570 Putrajaya

 

Tel      : 03 – 8871 3254/3753/3705

Faks   : 03 – 8871 3342

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Jumaat, 30 Jan  2015

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.