kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Persidangan Meja Bulat Belia (RTD) – Perkahwinan: Kehendak Vs. Keperluan

2012

 

PUTRAJAYA, 20 DISEMBER 2017 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Pertubuhan Belia Wawasan Baharu menganjurkan Program Persidangan Meja Bulat atau Roundtable Discussion (RTD) dengan tema Perkahwinan: Kehendak Vs. Keperluan pada 20 Disember 2017.

RTD yang berlangsung di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat fokus kepada cabaran belia berumah tangga dan tips penambahbaikan ekonomi belia dan hutang dalam kalangan belia serta langkah pengurusan kewangan yang baik. Sesi forum bertajuk Perkahwinan: Kehendak vs Keperluan turut diadakan semasa RTD bersama panel-panel jemputan daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu En. Md Noh Saiman dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) iaitu YBhg. Dato’ Nadzim Johan yang turut berkongsi permasalahan belia masa kini yang berdepan dengan cabaran kewangan.

Sebanyak 10 resolusi telah dicadangkan dan diserahkan oleh wakil peserta, Pn. Nadia Amirah kepada YBrs. Pn. Ramona Mohd. Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan disaksikan oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Zuarini Jumai
zuarini[at]iyres.gov.my

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.