kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Anak Muda Generasi Penentu Masa Hadapan Negara

180417 travellog

PUTRAJAYA, 17 APRIL 2018 – Anak muda adalah generasi penentu masa hadapan negara dan golongan ini perlu dimantapkan daripada aspek sahsiah dan mental bagi memastikan generasi ini mampu mencorak masa hadapan negara Malaysia kelak. Perkara ini dipersetujui oleh panel-panel jemputan yang hadir semasa Travelog Ilmu Siri 1/ 2018 bertemakan Generasi Penentu Masa Hadapan Negara bertempat di Galeri, Menara KBS, Putrajaya pada Selasa. Program anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS dan Biro Pendidikan Dan Pembangunan Keluarga PUSPANITA Cawangan KBS bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat betapa pentingnya mempersiapkan generasi muda kini dengan sahsiah yang mantap, berpengetahuan serta memiliki jati diri yang teguh dalam berdepan dan menangani dunia global yang semakin mencabar.

Seramai tiga orang panel terdiri daripada kalangan generasi anak muda daripada pelbagai latar belakang yang bergiat aktif dalam pembangunan belia, program-program kepimpinan dan kesukarelawanan telah dijemput untuk menjayakan Travelog ini. Saudara Ku Amirul Faiz Ku Seman, seorang pengamal undang-undang menyatakan bahawa generasi muda masa kini perlu tahu hak mereka sebagai warganegara tanpa membelakangkan Perlembagaan.

Saudara Mohd. Khaidzir Farhan, seorang jurutera di sebuah syarikat swasta menyatakan generasi muda perlu dipersiapkan daripada aspek mental dan jati diri untuk mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 yang pelbagai dengan kerjasama semua pihak terutamanya masyarakat, pihak kerajaan dan ibu bapa. Seorang lagi panel iaitu Saudara Azwan Omar, Pegawai Khas I kepada Pengerusi FELDA menggesa anak muda agar jangan berputus asa serta menjadikan pengalaman sebagai panduan dalam membentuk karakter dan personaliti.

Selain panel, terdapat beberapa orang peserta turut melontarkan pandangan antaranya cadangan untuk memberikan ruang inklusiviti kepada kanak-kanak yang berusia 10 tahun ke atas bagi turut bersama menyertai program-program pembangunan belia sebagai pendedahan awal dan persediaan menjadi pemimpin masa hadapan negara. Sesi selama dua jam ini telah dikendalikan oleh Saudara Muhamad Ridhwan Muhamad Rosli, seorang pemimpin belia daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dengan dihadiri oleh seramai 93 orang peserta terdiri daripada kementerian, agensi kerajaan, swasta, sekolah dan pertubuhan belia.

Disediakan oleh:

Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:

Siti Shazwani Md. Yusoof
shazwani[at]iyres.gov.my

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.