kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Tampil bantu atlet para

2804

MAJLIS Paralimpik Malaysia (MPM) memohon badan korporat, penaja dan individu berkemampuan untuk tampil memberi sumbangan kepada atlet para kebangsaan yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung pandemik Covid-19.

Pengurus Besar MPM, G Mohan berkata sumbangan itu dapat membantu dan memberi sokongan kepada atlet para bagi mencapai impian mereka di pentas antarabangsa.

"Kami juga ingin mengajak semua pihak membantu atlet para dengan memberi sumbangan melalui tabung Kempen Sokongan Atlet Para Covid-19 yang dilancarkan pada 7 April lalu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohan berkata sumbangan boleh disalurkan melalui akaun CIMB bernombor 8009473788 atas nama Majlis Paralimpik Malaysia atau untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jennifer di talian 012-2921340.

MPM sebelum ini melancarkan tabung Kempen Sokongan Atlet Para COVID-19, kesinambungan kepada program Fasa 1 pemberian bantuan 'Healthcare Kit MPM' untuk atlet para serta Projek Penyerahan Sumbangan Atlet Olahraga Para (Fasa 2) pada 7 dan 21 April lalu.

Hari ini, seramai 20 atlet para daripada sukan bola keranjang kerusi roda, tenis kerusi roda, bola sepak orang buta dan para olahraga menerima sumbangan keperluan asas daripada MPM dengan kerjasama Kelab Kiwanis Klang dan Persatuan Olahraga Para Negeri Selangor.

Sementara itu, Mohan berkata inisiatif berkenaan sebagai tanda keprihatinan dan usaha berterusan pihaknya dalam memastikan tiada atlet para yang terpinggir daripada menerima bantuan sepanjang tempoh PKP.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.