kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

SESI TEMU BUAL KAJIAN PENILAIAN IMPAK KELUARGA MALAYSIA (FIA)

20200921 FIA

PUTRAJAYA, 17 September 2020: Dua pasukan penyelidik daripada UPM telah mengadakan sesi temu bual pakar bagi Kajian Penilaian Impak Keluarga Malaysia bersama YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan turut dihadiri oleh tiga orang penyelidik kanan IYRES iaitu Puan Shahhanim Yahya, Puan Mastura Mohamad dan Puan Shariffah Mamat bertempat di bilik Korporat Aras 10, Menara KBS.

Susulan daripada kajian Penilaian Impak Keluarga Malaysia (FIA) di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), temu bual ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal tentang keperluan, isu keluarga masa kini dan ciri-ciri yang perlu ada dalam senarai semak Penilaian Impak Keluarga Malaysia yang akan dihasilkan.

Hal ini adalah bagi memastikan kesemua dasar, inisiatif dan program yang ingin dilaksanakan oleh kementerian serta jabatan pada masa hadapan tidak memberikan impak yang negatif terhadap institusi kekeluargaan di Malaysia.

 

Disediakan oleh :
Cik Hamizah Sahharon
Eksekutif Komunikasi Korporat

Disemak oleh :
Dr. Vellapandian Ponnusamy
Ketua Pegawai Eksekutif

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.