kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

SENARIO SOSIALISASI POLITIK BELIA, BERSEDIAKAH MEREKA?

20201124 rtd

PUTRAJAYA, 21 November 2020 – Program Persidangan Meja Bulat Belia atau Roundtable Discussion (RTD) anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dilaksanakan dengan mengangkat tema “Senario Sosialisasi Politik Belia, Bersediakah Mereka?” Tema ini menjadi pilihan program kali ini memandangkan keterlibatan belia dalam menyertai dan mengikuti perkembangan politik negara amat rendah. Kajian Indeks Belia Malaysia tahun 2019 yang dilaksanakan IYRES menunjukkan skor pencapaian bagi Domain Sosialisasi Politik adalah 29.03 (Sangat Tidak Memuaskan) dan jika dilihat dari segi perbandingan skor dari tahun 2017, pencapaian bagi tahun 2019 menunjukkan penurunan yang mendadak iaitu 21.04.

Justeru itu, IYRES menganjurkan persidangan ini yang julung kalinya dilaksanakan secara atas talian menggunakan aplikasi zoom webinar bagi ‘membuka mata’ anak muda di Malaysia dengan berkongsi maklumat dan info-info berkaitan landskap sebenar politik dalam kalangan belia di samping menyediakan platform kepada peserta yang rata-ratanya daripada golongan anak muda untuk menyuarakan pandangan dan idea berkenaan sosialisasi politik belia.

Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy berkata persidangan ini juga dianjurkan khususnya untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada peserta program berkenaan peranan sebenar belia dalam perkembangan politik negara dalam menentukan hala tuju masa hadapan negara.

Persidangan ini menampilkan Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar sebagai moderator dan barisan pembentang yang cakna dalam bidang politik belia iaitu YBrs. Dr. Mohammad Tawfik Yaakub, Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Encik Haslizar Rozally, Pegawai di Institut Pembangunan Kecemerlangan Dan Kepimpinan Belia (i-LEAD) dan Encik Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Persidangan ini telah dihadiri oleh 270 orang peserta daripada seluruh Malaysia.

 

 

 

Disediakan oleh :
Mohd Nor Azam Kamarudin
Pembantu Tadbir (P/O)

Disemak oleh :
Cik Siti Shazwani Md Yusoof
Eksekutif Penyelidik VIII

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.