kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA IYRES DAN YAYASAN PENERAJU

06092021 MOU IYRES x PENERAJU

PUTRAJAYA, 6 September 2021 - Satu memorandum persefahaman (MOU) kerjasama strategik antara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) telah berlangsung hari ini secara atas talian melalui aplikasi Zoom.

MoU ini ditandatangani oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan YBrs. Kol. Bersekutu (PA) Ts. Mohd Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, disaksikan oleh YBhg. Profesor Dato' Dr. Md Amin Md Taff, Ahli Lembaga Pengarah IYRES dan YBrs. Dr Amina Josetta Kayani, Pengarah Strategi dan Perhubungan, Yayasan Peneraju.

MoU ini merupakan satu bentuk kerjasama bersama untuk memenuhi tugas dan fungsi kedua-dua belah pihak dalam menjalankan inisiatif penyelidikan, perkongsian data dan kepakaran serta dalam penganjuran bersama program pembangunan kapasiti belia khususnya belia Bumiputera. Persidangan Meja Bulat Siri 2/ 2021 yang bertemakan Cabaran Ekonomi Belia masa kini merupakan penganjuran program bersama yang akan berlangsung pada Isnin 13 September 2021. Kerjasama ini adalah inisiatif bersama untuk mendapatkan maklumat yang jelas berkaitan isu serta cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 khusus kepada belia yang terkesan.

Terdahulu, satu perbincangan awal di antara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) telah diadakan pada Rabu 20 Januari 2021, bagi memuktamadkan memorandum persefahaman (MOU) kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.