kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PKPB Cadang Gaji Minimum Bagi Belia Lepasan Latihan TVET

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) berharap kerajaan dapat menetapkan gaji minimum untuk belia yang memegang kelayakan sijil, diploma dan diploma lanjutan kemahiran.

Setiausaha Agungnya Mohammad Rizan Hassan dalam kenyataan hari ini berpandangan gaji minimum atau gaji pokok permulaan yang sesuai bagi belia lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu hingga dua adalah sebanyak RM1,800 manakala RM2,000 bagi lepasan SKM tahap tiga.

Beliau berkata lepasan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap empat pula boleh ditetapkan pada RM2,300 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tahap empat (RM2,800).

Menurutnya kebanyakan majikan ketika ini menawarkan gaji untuk pemegang SKM tahap satu hingga tiga antara RM1,500 hingga RM1,700, DKM tahap empat (RM1,800 hingga RM1,900) dan RM2,000 bagi DLKM.

“Majikan tidak boleh mempersoalkan tahap kompetensi pekerja lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ini kerana mereka ini menjalani latihan kemahiran berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang dibangunkan bersama pihak majikan dan industri,” katanya.

-- BERNAMA

Sumber : BERNAMA. Pautan : BERNAMA

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.