kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Pemerkasaan Ekonomi GIG Lahir Belia Kalis Cabaran

 

Statistik Jabatan Perangkaan melaporkan populasi belia Malaysia berumur antara 15 hingga 30 tahun pada 2022 adalah seramai 9.6 juta orang iaitu hampir 30 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia berjumlah 32.6 juta.

Statistik ini menunjukkan populasi belia perlu diberi perhatian sewajarnya dalam usaha pembangunan negara. Golongan belia adalah populasi utama penduduk Malaysia dan pemimpin negara pada masa kini dan pada masa hadapan.

Ini selari dengan Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015-2035 menggariskan pembangunan belia merentas 10 kumpulan pelaksana terdiri daripada keluarga, masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan agensi persekutuan, kerajaan negeri, institusi pendidikan dan penyelidikan, media, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta, kepemimpinan politik dan NGO belia serta individu belia.

Bagi melaporkan pencapaian kualiti dan kesejahteraan hidup belia Malaysia, KBS melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) membangunkan Indeks Belia Malaysia (IBM) pada 2015.

Pencapaian kualiti dan kesejahteraan hidup belia Malaysia dilaporkan secara berkala dalam dokumen Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) dan RMK-12 (2021-2025).

Trend pencapaian kualiti dan kesejahteraan hidup belia Malaysia sebelum dan semasa pandemik COVID-19 menunjukkan golongan belia kalis cabaran serta berupaya beradaptasi dengan perubahan ekosistem.

Tahap kualiti dan kesejahteraan hidup belia semakin meningkat pada 2021 pada mata 69.79 walaupun berhadapan dengan situasi amat mencabar, 2020 dengan pencapaian skor 68.30, berbanding pada 2019 (66.98).

Ini selari dengan Indeks Pembangunan Belia Global (YDI) pada 2020 melaporkan Malaysia mencapai skor 0.775 pada 2020 berbanding 0.729 pada 2016 iaitu pada tahap tinggi.

Bermula pada 2021-2025 (RMK-12) Indeks Belia Malaysia 2021 (IBM'21) melalui fasa penambahbaikan memberi tumpuan kepada enam domain iaitu Pendidikan, Ekonomi, Kesejahteraan Mental dan Fizikal, Sosialisasi Politik, Kenegaraan dan Demokrasi, Nilai dan Identiti serta Media dan Digital Citizenship.

Walaupun berhadapan dengan cabaran utama daripada aspek ekonomi terutama peluang pekerjaan ketika fasa pandemik, golongan belia nekad beradaptasi dengan pasaran pekerjaan lebih dominan secara dalam talian atau ekonomi gig bagi meneruskan kelangsungan kehidupan.

Oleh itu, golongan belia perlu dipersiapkan dengan kemahiran baharu dalam mengharungi transformasi landskap digital supaya mampu beradaptasi dengan pasaran kerja dinamik dengan lebih baik.

Seperkara perlu diakui, keberkesanan ekosistem ekonomi gig sangat bergantung kepada kompetensi majikan dan pekerja.

Oleh yang demikian, bagi mewujudkan ekosistem pasaran kerja kondusif antara majikan dan pekerja, rekalibrasi antara permintaan dengan pengeluaran pasaran buruh berpandukan landskap semasa amat diperlukan bagi mengimbangi serta meningkatkan keberkesanan pemulihan ekonomi negara.

Selain itu, bagi melindungi pekerja gig yang semakin bertambah ketika pasca pandemik, mekanisme kawal selia sektor ekonomi gig wajar diperkukuh bagi menjamin kestabilan pasaran kerja dengan merangka dan melaksanakan strategi perkembangan kerjaya, perlindungan insurans serta bantuan kesihatan.

Tambahan pula, sebilangan besar dalam kalangan pekerja sektor gig adalah golongan belia.

Selain itu, cabaran pandemik dan perubahan iklim memberi ruang serta peluang kepada pihak kerajaan, swasta, korporat, NGO serta lain-lain untuk memperkukuh sinergi bagi memastikan matlamat pemulihan ekonomi negara dapat direalisasikan secara optimum.

Eksekutif Penyelidik Kanan I, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Sumber : BERITA HARIAN, Pautan : BERITA HARIAN

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.