kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kesihatan Mental, Inisiatif Bantu Pembeli Rumah Pertama Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

20230308   kesihatanmental

 

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Usaha mengatasi masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia dan inisiatif bagi membantu pembeli rumah pertama, antara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. 

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan mengenai kesihatan mental itu akan dibangkitkan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) kepada Menteri Kesihatan pada sesi soal jawab. 

Soalan sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan pemberian subsidi perumahan kepada pembeli rumah pertama akan dikemukakan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu).

Beliau ingin tahu sama ada subsidi itu akan melibatkan golongan B40 dan M40, serta memperluas Skim Pembiayaan Rent-To-Own (RTO) kepada semua pembeli rumah pertama.

Turut tersenarai, soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berhubung respons pelbagai industri dan pasaran terhadap Voluntary Carbon Trading (VCM).

Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) pula akan membangkitkan soalan mengenai rancangan menambah baik sistem pengangkutan awam di seluruh negara dalam jangka masa lima tahun kepada Menteri Pengangkutan.

Selain itu, Wong Chen (PH-Subang) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan komitmen kerajaan untuk menyahjenayahkan kesalahan dadah kecil dalam usaha mengurangkan populasi banduan penjara di Malaysia.

Selesai sesi soal jawab, menteri-menteri akan menjawab perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar mengikut kementerian masing-masing. 

Sumber : BERNAMA, Pautan : BERNAMA

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.