kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Pinta Sokong Usaha Lahir 125,000 Huffaz Profesional

 

huffaz

 

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta) menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan seramai 125,000 orang huffaz (penghafal al-Quran) yang memiliki kemahiran profesional Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Presidennya, Mohd Zahid Mahmood berkata, usaha kerajaan itu dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu menghadiri perbincangan tentang pendidikan pelajar tahfiz di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 19 Februari lalu.

“Sewaktu mesyuarat, kita bincang usaha yang boleh dilakukan dalam menyediakan pendidikan arus perdana pelajar tahfiz, membantu mereka yang tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menduduki peperiksaan itu.

“Bukan itu sahaja, kita juga bincang tentang pendidikan pelajar tahfiz yang mahu menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi seperti diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sinar Harian melaporkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap kerajaan agar kerajaan menyediakan pendidikan TVET kepada pelajar tahfiz supaya dapat membantu mereka menjana pendapatan selain bergantung pengajian ilmu agama semata-mata.

Dalam pada itu, Mohd Zahid turut memperincikan tentang pelan strategik dasar pendidikan tahfiz negara 2.0 telah dilancarkan pada 11 Mac lalu.

Jelas beliau, antara perkara yang dibangkitkan dalam dasar berkenaan ialah membaik pulih seluruh institusi tahfiz, menaikkan tenaga pengajar dan menaik taraf para pelajar huffaz dengan memiliki sijil pendidikan yang diiktiraf dan diperakui untuk dipasarkan dalam negara.

Sumber : Sinar Harian. Pautan : Sinar Harian

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.